Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
30 November 2019, Kota Kinabalu, Sabah
BENGKEL KEPIMPINAN WANITA DAN RUNDINGAN MEJA BULAT BERKENAAN PERJANJIAN BERSAMA
Ibu pejabat MTUC meneruskan kerjasama dengan Solidarity Centre mengadakan Bengkel Kepimpinan Wanita dan Rundingan Meja Bulat Berkenaan Perjanjian Bersama dikalangan ahli kesatuan golongan wanita di Sabah. Objektif bengkel ini adalah membangunkan peranan wanita dalam keseimbangan tadbir urus kesatuan sekerja khususnya di negeri Sabah. Disamping itu, ibu pejabat MTUC juga dapat maklumbalas dan cadangan dari semua peserta wanita hari ini berkenaan faedah di dalam Perjanjian Bersama bagi kesatuan masing-masing dalam memartabatkan wanita.
Seramai 23 peserta wanita yang hadir terdiri dari pelbagai kesatuan sekerja dan sektor yang berlainan. Sdra Zul Thye dan Sdra Rudy telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pemudahcara dan pembentang di dalam bengkel tersebut. Sdri Alice Kong, merangkap Bendahari MTUC Bahagian Sabah telah hadir mewakili Pengerusi dan Setiausaha MTUC Bahagian Sabah untuk memberikan kata-kata aluan kepada semua yang hadir.
Bengkel dimulakan dengan pembentangan dari Sdra Zul Thye berkenaan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh MTUC Pusat bersama kesatuan gabungan di setiap negeri. Aktiviti-aktiviti sejak tahun 2017 hinggan 2019 telah dibentangkan dan peranan MTUC Pusat dalam menubuhkan Pusat Khidmat Pekerja dan juga Migrant Resource Center dengan kolabirasi bersama ILO.
Sdra Rudy mengendalikan latihan dan kerja kumpulan bagi setiap peserta. Peserta juga telah berkongsi apakah kejayaan yang diperolehi sepanjang menjadi pemimpin ataupun ahli kesatuan sekerja.
Beberapa maklumat berkenaanperanan wanita dalam memastikan kesatuan sekerja mereka sentiasa berada di tahap pengurusan yang baik telah diterangkan. Di akhir sesi bengkel ini, semua peserta telah tampil dan memberikan pembentangan masing-masing tentang cadangan yang melibatkan peranan dan faedah wanita di dalam Perjanjian Bersama mereka berdasarkan sektor masing-masing.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com