Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat, di setiap negeri, menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan negara dengan cara mereka sendiri. Mereka telah mengundi untuk memilih ahli-hali politik agar berkhidmat kepada rakyat, sekali gus menjadikan hidup mereka lebih baik dan bebas daripada sebarang kesengsaraan.
Oleh itu, amat mustahak bagi ahli-ahli politik menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat Malaysia tanpa mengira negeri yang ditadbir, sama ada diperintah parti pemerintah atau pembangkang.
Daripada menyindir kerajaan-kerajaan negeri yang mana ia mirip memalukan negara sendiri, adalah sesuatu yang terhormat bagi Kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah air yang dihadapi oleh rakyat, yang menurut mereka boleh dapat diselesaikan dengan mudah.
Menteri Besar Selangor, yang mendakwa mereka telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan Selangor mempunyai air terawat yang mencukupi tetapi keadaan semasa berada di luar kawalan mereka kerana SPLASH terletak di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (KKSM) menggesa kedua-dua kerajaan negeri dan Persekutuan mengetepikan perbezaan politik mereka dan bekerja demi kebaikan rakyat Selangor untuk menyelesaikan masalah air kerana air adalah kehidupan dan akses kepada air bersih adalah hak asasi manusia.
KKSM menggesa Kerajaan Persekutuan menyediakan ruang hak asasi manusia yang asas kepada rakyat Selangor dan berkhidmat dengan kepentingan rakyat terlebih dahulu tanpa mengira kesetiaan politik di negeri itu. Jika ini dilakukan ia akan menjadi satu tindakan paling mulia di pihak Kerajaan Persekutuan yang menjalankan tanggungjawap mereka.
J. SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com