Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Bahagian 1
Pada 16hb Ogos 2018 saya telah dijemput dengan kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung MTUC dan diiringi oleh Sdra. K Soma ke Forum untuk Mempromosikan Pemahaman dan Aplikasi Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP).
Ia dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Saya dapati perbincangan tersebut menarik dan mengagumkan. Ini membuatkan saya menyedari kepentingan dalam penggunaan Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (selepas ini dipanggil Prinsip Panduan) berhubung dengan suasana persekitaran sosio ekonomi kita di Malaysia.
Kami ingin mempromosikan Prinsip Panduan ini. Ini berguna untuk perniagaan dan pekerja di Malaysia. Ia boleh menjadi asas untuk mewujudkan persekitaran hubungan perindustrian harmoni dan peraturan di Malaysia. Kami dapati prinsip-prinsip panduan ini dapat mewujudkan keseimbangan yang tepat antara, di satu pihak yang mempromosikan pembangunan perniagaan dan yang lain menghormati dan memberikan perlindungan kepada hak pekerja dan keluarga mereka untuk kehidupan yang layak.
Prinsip Panduan telah dicadangkan oleh Wakil Khas PBB kepada Setiausaha Agung PBB mengenai perniagaan dan Hak Asasi Manusia, John Ruggie. Ia telah disahkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada bulan Jun 2011. Terdapat satu garis panduan bagi negara dan syarikat untuk menghalang, menangani dan membetulkan pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan dalam operasi perniagaan.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com