Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
20-2-2019, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya
MESYUARAT KUMPULAN KERJA JAWATANKUASA TEKNIKAL BAGI DECENT CPUNTRY WORK PROGRAM (DWCP)
DWCP adalah rangka kerja bagi kerjasama utama bagi negara-negara anggota untuk mempromosikan kerja yang baik sebagai komponen penting dalam strategi pembangunan negara dan mewujudkan kerangka melalui pengetahuan dan advokasi ilmu ILO dalam penyelenggaraan konstituen tripartite.
MTUC, MEF, Kerajaan dan bersama dengan ILO telah membincangkan bersama dalam mesyuarat hari ini. MTUC telah diwakili oleh Sdra J Solomon, Setiausaha Agung, Sdra K Soma, Penolong Setiausaha Pendidikan, Sdra Ng Peng Ho, Ahli Majlis Am dan Sdra Zul Thye, Penyelaras MTUC MRC. Terdapat 3 kumpulan jawatankuasa teknikal yang dianjurkan,
CP 1: Hak di Tempat Kerja, CP 2: Masa Depan Kerja dan CP3: Migrasi Buruh.
DWCP diperlukan untuk meningkatkan imej nasional terutamanya dalam perlindungan hak pekerja tempatan dan migran, mencerminkan komitmen negara dalam menegakkan piawaian buruh antarabangsa dan memberi tumpuan kepada pembangunan buruh positif di negara ini, memupuk penglibatan positif dengan persatuan majikan dan pekerja.
Cadangan di dalam mesyuarat DWCP telah memberi manfaat kepada negara dari segi memastikan sektor buruh sejajar dengan piawaian buruh antarabangsa dan menggambarkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu-isu berkaitan buruh.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com