Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kenaikan kadar pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara 1.2 hingga 10.4 peratus berkuat kuasa 1 September lalu, adalah relevan dan sejajar pembangunan ekonomi semasa. Kenaikan itu sekali gus meringankan beban kakitangan swasta terutama penerima skim bencana pekerjaan dan skim keilatan bagi meneruskan kelangsungan hidup dan memperoleh manfaat […]
Merujuk kepada laporan media The Edge Financial Daily dan Free Malaysia Today semalam (bertarikh 25 November 2016), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) amat tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) supaya kerajaan membuat satu keputusan menurunkan kadar sumbangan caruman majikan kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
MTUC mengalu-alukan Bajet 2017 yang memberikan slogan ‘Untuk Rakyat kerana Rakyat’. Pelbagai inisiatif telah diberikan kepada pelbagai golongan terutamanya yang berpendapatan rendah umpamanya: Mengekalkan subsidi bahan api bagi gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam; Memberi pelepasan pembelian peralatan penyusuan ibu dan pelepasan hantar anak ke pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah; Pelbagai bantuan kepada nelayan […]
DALAM beberapa hari lagi negara akan meraikan ulang tahun ke-59 Hari Kemerdekaan. Di sebalik keriangan yang terpancar di wajah rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, hasil kajian Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang menunjukkan adanya diskriminasi dan penindasan dilakukan ke atas wanita hamil di sektor swasta dari segi dibuang kerja, disekat kenaikan pangkat, diberhentikan […]
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memandang serius hasil kajian Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) yang menunjukkan wujudnya diskriminasi dan penindasan dilakukan ke atas wanita hamil dalam sektor swasta, iaitu melibatkan pembuangan kerja, kenaikan pangkat dihentikan, diberhentikan kerja dan tempoh percubaan dilanjutkan. Semua tindakan ini adalah bertentangan dengan hak yang terkandung dalam Akta Kerja, Akta Perhubungan Perusahaan […]
MTUC amat gembira dengan pengumuman khas cuti peristiwa pada 8hb Julai 2016 yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Perdana Menteri kepada semua pekerja sektor awam. MTUC mohon jasa baik YAB Dato Seri sekiranya melanjutkan cuti khas ini dan dapat diberikan juga kepada semua pekerja sektor swasta. Pengumuman ini amat penting supaya semua pekerja dapat menyambut […]
Pihak Media, Adalah dimaklumkan bahawa MTUC akan mengadakan perarakan dari Mahkamah Perusahaan KL ke Parlimen. MTUC mengambil tindakan ini kerana tidak setuju dengan pemindahannya ke lokasi baru yang akan menyusahkan pekerja-pekerja dari menghadiri perbicaraan kes mereka. Butiran perarakan adalah seperti berikut: Tarikh : 17hb Mei 2016(Selasa) Masa : 10.00 pagi – bermula di Mahkamah Perusahaan […]
CABARAN BAGI PEKERJA DAN KESATUAN SEKERJA 1) PERHUBUNGAN PERUSAHAAN Pada tahun 1961 Malaysia telah mengesahkan Konvensyen ILO 98 iaitu Hak untuk mengurus dan Rundingan Kolektif. Sejurus dengan itu kerajaan mengubal dan mengisytiharkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Dalam laporan berkala kepada ILO, Kerajaan telah menegaskan bahawa Akta Perhubungan Perusahaan ini mematuhi pelbagai keperluan di bawah Konvensyen 98. a) Ribuan Pekerja […]
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com