Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, antara saman yang difailkan ke
atas guru ialah kerana didakwa cuai dan melakukan tindakan melampaui batas ketika
mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar.

"Keadaan ini amat membimbangkan kerana guru kini semakin takut dan berada
dalam trauma untuk melakukan tugas-tugas yang diamanahkan oleh kerajaan.

"Apa yang menyedihkan, NUTP adalah satu-satunya saluran bagi guru mendapatkan
bantuan dan nasihat jika mereka disaman oleh ibu bapa pelajar,” katanya kepada
Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lebih lanjut gesaannya semalam
agar kerajaan mewujudkan satu undang-undang khas bagi melindungi guru yang kini
terdedah kepada tindakan saman termasuk pendakwaan jenayah kerana mengambil
tindakan disiplin terhadap pelajar.

Menurut Yim Pheng lagi, guru kini banyak terdedah dengan pelbagai bentuk saman
daripada ibu bapa.

"Contohnya apabila guru menjalankan aktiviti pada Sabtu minggu pertama
dan ketiga. Mereka terdedah disaman oleh ibu bapa jika sesuatu berlaku kepada
pelajar.

"Ada beberapa kes ibu bapa menyaman guru kerana cuai menjalankan tugas
ketika melakukan aktiviti pada Sabtu minggu pertama dan kedua kerana tidak menjaga
keselamatan anak mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kes saman sivil terhadap guru
yang difailkan oleh ibu bapa pelajar serta jumlah kes membabitkan guru boleh
didakwa melakukan jenayah kekerasan.

"NUTP terpaksa memberikan kaunseling dan bantuan kepada guru-guru terbabit
bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi serta bagi membolehkan mereka meneruskan
kerja.

"NUTP sekarang ini seperti Biro Bantuan Guaman kepada guru-guru berdasarkan
kes-kes saman yang difailkan ke atas mereka,” katanya.

Beliau menjelaskan, apabila sekolah mengadakan aktiviti di luar sekolah, guru
yang bertanggungjawab untuk menjaga pelajar-pelajar juga terdedah untuk disaman
oleh ibu bapa sekiranya sesuatu berlaku kepada pelajar terbabit.

Jelasnya, surat kebenaran dari ibu bapa untuk anak mereka menyertai aktiviti
tersebut tidak mempunyai merit untuk digunakan bagi membela guru di sisi undang-undang.

Walaupun ibu bapa telah menandatangani surat tersebut, katanya, mereka masih
lagi berhak untuk menyaman guru yang bertanggungjawab menjaga pelajar terbabit.

Beliau mendedahkan, peraturan sedia ada tidak meletakkan kegiatan di luar sekolah
atau pada hari Sabtu minggu pertama serta kedua sebagai hari rasmi bekerja.

Ini katanya, mendedahkan guru disaman oleh ibu bapa pelajar sekiranya berlaku
sesuatu kepada pelajar terbabit.

Ditanya tidakkah kerajaan membantu guru-guru sekiranya disaman oleh ibu bapa
pelajar, beliau memberitahu, kerajaan hanya boleh memberi bantuan sekiranya
guru tersebut menerima saman sivil.

"Sekiranya kes guru terbabit melibatkan kes-kes pendakwaan jenayah, kerajaan
tidak dapat memberi bantuan," katanya.

Ujar Yim Pheng, sebab itulah NUTP meminta kerajaan untuk mewujudkan undang-undang
khas itu bagi melindungi guru-guru.

Katanya, gesaan ini bukan untuk melindungi guru sebaliknya bagi memberi ruang
kepada guru-guru menjalankan tugas mereka dengan berkesan.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com