Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Saya mewakili Jawatan kuasa Kerja MTUC yang baru dengan ini merakamkan ribuan terima kasih kepada semua rakan perjuangan saya yang telah memberikan mandat kepimpinan dan memberi sokongan sepenuhnya kepada barisan kepimpinan baru. Kita akan bersama-sama bekerjasama dalam mendukung amanat murni MTUC bagi kebaikan kesatuan dan kaum pekerja di negara ini.
Bagi rakan-rakan kita dari barisan kepimpinan lepas, jasa saudara-saudari amat dihargai dan tidak akan dilupakan, kami mohon agar saudara-saudari turut menyertai perjuagan kita agar kita dapat maju kehadapan bersama-sama.
Kita tidak menafikan bahawa dalam suasana yang mencabar disebabkan oleh Pendemik Covid, saya berharap semua ahli gabungan bersatu hati dalam membantu pekerja dan inilah satu-satunya jalan yang terkesan pada masa kini.
Saya bagi pihak MTUC berjanji, barisan kepimpinan ini akan membuat segala keputusan berlandaskan perlembagaan MTUC dan segala keputusan akan diambil berdasarkan keputusan Majlis Am MTUC.
Jawatan Presiden MTUC akan diputuskan pada majlis Am yang ditetapkan pada 25 October 2020. Segala cadangan, usul dan sokongan saudara-saudari amat dialu-alukan.
Sekian terima kasih di atas segala kerjasama yang dihulurkan.
KAMARUL BAHARIN BIN MANSOR
Setiausaha Agung
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com