Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Perai: Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Membuat Tekstil dan Pakaian Pulau Pinang dan Seberang Perai (PTWU) menyampaikan sumbangan cek RM7,342 kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima Berhad (MPB) bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa negeri pantai timur, hujung tahun lalu.
Sumbangan itu disampaikan Presiden PTWU Abdul Nasser Abd Hamid kepada Ketua Biro Harian Metro Pulau Pinang Mohd Saipul Adli Mohamad di ibu pejabat PTWU di sini, semalam.
Abdul Nasser berkata, sumbangan itu diperoleh daripada 1,200 ahli membabitkan lima anak syarikat di bawah kesatuannya dan kutipan dilancarkan bermula 22 Januari hingga 22 Februari lalu.
“Bagi meringankan beban mangsa banjir, kami melakukan kutipan selama sebulan dan mendapat kerjasama serta kebenaran daripada majikan Toray (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan usaha murni ini,” katanya.
Abdul Nasser berkata, sebelum ini pihaknya pernah menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Gaza NSTP-Media Prima untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Sumber: Harian Metro
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com