Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Sebagai seorang individu yang terlibat dengan pergerakan kesatuan sekerja selama 40 tahun atau lebih, saya tidak pernah merasa sangat jijik diatas pengumuman kerajaan Pakatan Harapan mengenai kenaikan gaji minimum bagi pekerja negara, iaitu RM1050 sebulan daripada RM1000.
Pada kadar harian peningkatannya adalah sebanyak RM1.666!
Terima kasih Pakatan Harapan atas ‘komitmen’ anda untuk menaikkan taraf kehidupan segmen masyarakat yang terbesar – penduduk kelas pekerja yang mengundi anda untuk mentadbir negara ini.
Apabila saya merenung kembali saya diingatkan akan dasar Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri pada 1980-an – biarlah saya melabelnya sebagai era Mahathir 1.0
Mahathir 1.0 memeluk “Dasar Pandang Ke Timur” dan ciri khasnya adalah hakisan aktivisme kesatuan sekerja dengan mempromosikan kesatuan berasaskan syarikat atau dikenali sebagai kesatuan dalaman – “in -house union”.
Semasa era Mahathir 1.0 kawalan perundangan telah digubal untuk mengurangkan aktivisme kesatuan sekerja dan menjadikannya entiti yang tidak penting.
Jika kita merenung kembali era Mahathir 1.0, kebebasan kesatuan sekerja terbatas. Kita tidak dapat melupakan “Operasi Lalang”, dimana hak asasi manusia tidak dipedulikan.
Oleh itu pada pandangan saya gerakan kesatuan sekerja dan kelas pekerja negara sedang menghadapi era “Mahathir 2.0”.
Dan petunjuk pertama ialah upah minimum RM1050 yang hanya boleh digambarkan sebagai tindakan “kowtow” kepada kelas majikan.
Janji Pakatan Harapan adalah untuk melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1,500.00 sebulan. Dan persoalan yang perlu dijawab adalah – Adakah manifesto Pakatan Harapan hanya untuk memancing undi kelas pekerja atau komitmen untuk mengangkat martabat kelas pekerja negara?
Jawapannya adalah jelas. Tiada kerajaan yang berfikiran rasional akan menganggap bahawa kenaikan RM50.00 ke upah minimum sedia ada akan mengatasi cabaran kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini.
Dan kerajaan yang berfifkir sebaliknya tidak memerlukan penghormatan dari pekerja negara.
Seperti pepatah Melayu, “Harapkan pagar, pagar makan padi”. Kerajaan Pakatan Harapan telah mengkhianati pekerja negara.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com