Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pada 5 Mac 2018 dari jam 10 pagi hingga 3.30 petang, Penyelaras MRC MTUC, Bro Zul Thye dan Pegawai MRC MTUC, Bro Rudy Rusly telah menganjurkan program jangkauan (outreach) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Program jangkauan (outreach) adalah salah satu aktiviti yang berlandaskan kepada Terma Rujukan (Terms of Reference) MTUC-ILO Triangle II Project Migrant Resource Centre (MRC). Ia bersesuaian dengan keperluan bagi keutamaan dan hasil aktiviti dijalankan yang menyokong perkhidmatan yang diberikan kepada pekerja migran melalui MRC.
Semasa program ini, kami berjaya mencapai sejumlah 896 pekerja migran dari Bangladesh,Nepal,Indonesia, Myanmar, ,Pakistan, India dan Sri Lanka dengan mengedarkan versi risalah berbeza kami mengikut negara masing-masing seperti Indonesia, Nepal dan Myanmar.
Dalam risalah kami, kami menyertakan maklumat seperti, menyediakan perkhidmatan percuma mengenai bantuan undang-undang berkenaan kes buruh, menganjurkan pekerja migran untuk menyertai Kesatuan Sekerja, kaunseling dan nasihat mengenai kes buruh dan latihan mengenai hak pekerja migran.
Kami juga sertakan semua nombor telefon pegawai MRC kami dari Pulau Pinang, Johor dan Selangor / Kuala Lumpur. Pekerja-pekerja migran ini boleh menghubungi kami jika mereka memerlukan bantuan atau sebarang pertanyaan mengenai pekerjaan dan perihal penginapan mereka di Malaysia. Sebagai contoh, jika majikan tidak membayar kerja yang telah mereka lakukan, mereka yang telah cedera dan tidak menerima apa-apa pampasan, perkara berkaitan levi, jika majikan telah menahan pasport mereka, jika mereka secara fizikal atau mental didera di tempat kerja dan jika mereka mahu mengetahui lebih lanjut mengenai hak dan cara melindungi diri mereka sendiri.
Ia merupakan program yang sangat berjaya dan bermanfaat dengan bantuan dan kerjasama daripada Setiausaha Agung MTUC, Bro J Solomon dan juga kakitangan pengurusan TBS.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com