Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
10 Disember 2018• Park Royal, Kuala Lumpur
LATIHAN RUNDINGAN PERJANJIAN KOLEKTIF ANJURAN MTUC/ILO telah bermula pagi ini dengan 25 orang peseta daripada pelbagai kesatuan yang dahagakan ilmu dan pengetahuan dalam bidang ini.
Latihan ini dikendalikan oleh Fasilitator ILO iaitu:
Sdra Raghwan bekas Senior Specialist ILO yang berasal daripada Negara Fiji; beliau mempunyai later belakang kesatuan dalam dan luar Negara serta di pentas antarabangsa lebih 40 tahun berserta
Sdra Youngmo, Pakar Dialog Sosial dari Pejabat ILO, Bangkok. Beliau berasal daripada Korea Selatan dan mempunyai latarbelakang kesatuan dalam dan luar Negara serta di pentas antarabangsa lebih 25 tahun.
Mereka ini dibantu oleh fasilitator KKSM iaitu Sdra K. Somasundram dan Sdri A. Karuna.
Majlis membuka tirai pagi ini menyaksikan kata-kata aluan daripada
1. Sdra J Solomon, Setiausaha Agung KKSM, dan
2. Sdra Hugo Van Noord, Ketua Penasihat Teknikal ILO di Malaysia.
Sdra Hugo, di dalam ucapannya menyatakan bahaw latihan ini amat relevan pada masa ini, di dalam konteks undang-undang buruh negara yang tidak kondusif bagi warga pekerja serta skop perjanjian kolektif yang terhad menyekat perkembangan kesatuan-kesatuan sekerja.
Beliau juga memuji peranan KKSM dalam menganjur latihan ini ketika Kerajaan Pakatan Harapan sedang meminda undang-undang buruh dan masanya tepat untuk kesatuan-kesatuan sekerja memainkan peranan yang ketara dalam perkara ini.
Sdra J Solomon, di dalam ucapan beliau menekankan keperluan kesatuan-kesatuan sekerja mengutarakankan hak-hak para pekerja sebagai kandungan perjanjian kolektif berbanding dengan peruntukkan kewangan kerana ulas beliau, kalau kita ada hak, kite boleh perjuangkan kenaikan gaji yang lebih tinggi berbanding dengan fokus pada kenaikan gaji sahaja tanpa hak.
KKSM berharap latihan ini dapat menjadi latihan asas bagi kesatuan-kesatuan yang hadir bagi rundingan perjanjian kolekif yang akan datang serta berkongsi pandangan mereka bagi rujukan KKSM bagi pindaan undang-undang.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com