Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyokong sepenuhnya gaji minimum untuk graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu tetapi mengingatkan kerajaan bahawa perlu ada peralihan paradigma dalam prinsip-prinsip saraan, sekali gus tidak mengabaikan mereka yang menerima gaji minimum, bagi membolehkan rakyat Malaysia merasai matlamat menjadi “masyarakat berpendapatan tinggi”.
Setiausaha Agungnya J. Solomon berkata, MTUC akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Zahid Hamidi untuk melaksanakan cadangan meningkatkan gaji graduan yang mahir sehingga RM3,500 berbanding RM1,200 sekarang.
“Peningkatan yang jitu ini akan menggalakkan lebih ramai belia mengejar program di bawah spektrum kursus TVET dan menghalang pekerja Malaysia yang berkemahiran tinggi daripada meninggalkan negara ini untuk upah yang lebih baik,” kata Solomon.
Solomon berkata majikan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baru perlu mengkaji semula gaji pekerja seperti upah untuk sara kehidupan yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk penduduk di tiga negeri tersebut yang dianggarkan diantara RM2,700 untuk pekerja yang masih bujang ke RM6,500 untuk pekerja yang telah berkahwin dengan dua orang anak.
“Selepas 60 tahun merdeka dan tadbir urus sendiri, rakyat Malaysia memerlukan peralihan paradigma dalam budaya dan pemikiran, yang akan mempengaruhi cara hidup kita dan menjaga satu sama lain, yang akan membantu kita berkembang benar-benar menjadi masyarakat berpendapatan tinggi.”
Kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan gaji minimum berdasarkan pekerjaan demi memastikan pendapatan yang saksama berdasarkan kemahiran pekerja.
“Untuk merealisasikan Wawasan 2020 menjadikan masyarakat berpendapatan tinggi, perlu bagi kerajaan dan syarikat untuk memastikan kekayaan dan keuntungan negara diagihkan dengan sama rata demi menutup jurang pendapatan dan membina masyarakat yang lebih adil dan layak,” kata Solomon.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com