Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
11-12 OKTOBER 2019, HOTEL NEO+, PULAU PINANG
MTUC dengan kerjasama Solidarity Center telah menganjurkan bengkel selama 2 hari berkenaan Pembangunan Kapasiti Kesatuan Sekerja dan Bantuan Teknikal di Hotel Neo, Pulau Pinang bermula pada 11 Oktober 2019 hingga 12 Oktober 2019.
Seramai 27 ahli kesatuan sekerja yang terdiri dari 7 wanita dan 20 lelaki dari pelbagai sektor telah hadir dalam bengkel tersebut. Encik Wilibrordus Balawala dari Solidarity Center turut hadir untuk memberikan ucapan pembukaan kepada semua peserta dan diikuti dengan ucapan kata-kata aluan dari Sdra Jamil-Naib Pengerusi MTUC Bahagian, Pulau Pinang. Bengkel ini dimulakan dengan penerangan daripda Sdra Zul Thye berkenaan tujuan bengkel ini diadakan dan diikuti dengan pembentangan berkenaan Pusat Khidmat Pekerja MTUC dan juga Migrant Resource Center. Statistik berkenaan pengurusan kes pekerja, aktiviti-aktiviti MTUC dan juga penerangan berkenaan objektif bengkel telah dibentangkan.
Sdra Jamil meneruskan progam bengkel ini dengan menerangkan berkenaan keberkesanan pengurusan kesatuan sekerja, cabaran kesatuan sekerja dan perkara-perkara terkini di dalam konteks kesatuan sekerja masa kini. Sdra Rudy telah mengadakan kerja kumpulan kepada semua peserta bagi mengetahui pencapain terbaik yang telah peserta lakukan sepanjang bersama kesatuan masing-masing dan juga kegagalan yang telah ditempuhi bersama kesatuans sekerja. Pemahaman berkenaan Analisa SWOT, Power Mapping dan juga kepentingan Organizing telah dibentangkan juga.
Encik Wili juga menerangkan beberapa pengalaman di dalam gerakan kesatuan sekerja di Indonesia. Sikap optimistik dan komitmen amat penting di kalangan semua pemimpin kesatuan sekerja dalam memastikan kesatuan sekerja berfungsi dengan baik.
Pada hari kedua, Sdra Rudy telah menerangkan cara pengurusan kesatuan sekerja dan kepentingan menjadi seorang ahli kesatuan sekerja. Semua peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan berdasarkan sektor masing-masing untuk membentangkan cara-cara menambahkan ahli kesatuan dengan menggunakan konsep kempen ITUC, Analisa SWOT dan Power Mapping. Diakhir bengkel, semua peserta telah diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan cadangan tentang bengkel yang telah dijalankan. Kesemua peserta berpuas hati dan gembira dengan segala pembelajaran yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada MTUC dan Solidarity Center kerana menganjurkan bengkel 2 hari ini.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com