Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menemui Majlis Senator Malaysia semalam dalam usaha terakhir untuk menghalang Rang Undang-undang Pembaharuan Undang-undang Buruh (LLR).
Delegasi MTUC itu diketuai Presidennya, Abdul Halim Mansor dan Setiausaha Agungnya, J Solomon.
Presiden Majlis Senator Malaysia, Khairudin Samad berkata, mereka mendapati ada peruntukan tertentu dalam RUU itu yang boleh menjejaskan pekerja.
“Kami dengar taklimat Halim dan Solomon bagaimana RUU itu diluluskan tanpa cadangan akhir dan rundingan dengan pihak berkepentingan, MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).”
Katanya, masalah utama ialah Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan yang turut dianggotai MTUC, tidak menunjukkan draf terakhir RUU itu sebelum ia dibentangkan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran.
“Berdasarkan kronologi yang ditunjukkan kepada kami, adalah jelas draf itu hanya ditunjukkan kepada MTUC seleoas ia dihantar ke Jabatan Peguam Negara.”
Khairudin berkata, beliau akan menggesa senator membangkitkan bantahan MTUC apabila RUU itu dibentangkan di Dewan Negara minggu depan.
Tetapi, katanya, MTUC akan mendapati matlamatnya sukar dicapai kerana Dewan Negara kini dikuasai senator Pakatan Harapan.
“Jadi, saya menggesa senator PH mempertimbangkan hujah MTUC dan undi berdasarkan hati nurani mereka dan demi kesejahteraan Malaysia.
“Mereka tidak meminta RUU itu ditarik balik, tetapi mahu undang-undang baik dikekalkan dan tidak baik dikeluarkan.”
MTUC berkata, RUU itu akan melemahkan prinsip kesatuan sekerja di negara ini dan menjadikan pekerja lebih miskin.
Katanya, kerajaan melanggar Konvensyen 144 Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang diiktiraf Malaysia kerana tidak berunding dengan MTUC dan MEF.
“Kami menggesa senator mempertimbangkan pekerjaan 15 juta pekerja, keluarga mereka dan kepentingan negara, bukannya menyokong tindakan salah menteri yang mencadangkan undang-undang tidak baik,” kata Halim.
Source : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/10/usaha-terakhir-mtuc-jumpa-senator-hentikan-pembaharuan-buruh/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com