Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Caruman wang persaraan pekerja Malaysia tidak wajar dilabur dalam entiti-entiti yang mengamalkan aktiviti anti kesatuan atau anti buruh.
Oleh itu, MTUC menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang untuk memastikan simpanan pekerja tidak digunakan untuk menggantikan pekerja dengan mesin dan untuk menindas dan menafikan hak asasi pekerja.
KWSP adalah dana pencen ketujuh terbesar di dunia dan setiap ringgit harus digunakan demi faedah pekerja. Kerajaan harus meminda undang-undang bagi memastikan dividen minimum lapan peratus diberikan kepada pencarum KWSP setiap tahun.
Marilah kita bersatu untuk memulakan gerakan buruh yang kuat, padu dan berdaya tahan di Malaysia. Sertai kami pada sambutan Hari Buruh pada 1 Mei di Wisma MTUC, USJ Subang, dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com