Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Merujuk kepada laporan media The Edge Financial Daily dan Free Malaysia Today semalam (bertarikh 25 November 2016), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) amat tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) supaya kerajaan membuat satu keputusan menurunkan kadar sumbangan caruman majikan kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).
MTUC berpandangan tegas yang cadangan MEF itu dalam jangka panjang tidak mampu membantu syarikat “bersedia berdepan dengan waktu sukar”, terutama dengan ramalan ekonomi tempatan dan dunia akan suram. MTUC berpendirian tegas bahawa menurunkan kadar sumbangan bukan cara kukuh untuk mengatasi isu pemberhentian pekerja ketika kemerosotan ekonomi.
Sebaliknya, pihak majikan harus menggunakan atau mencari jalan lain untuk sama-sama mengharungi suasana tidak menentu. Ini termasuklah pihak majikan bersetuju dengan syor awal kerajaan yang mahu melaksanakan skim pampasan sosial pemberhetian pekerja.
Skim pampasan ini yang telah lama dibincangkan masih belum menjadi kenyataan disebabkan tiada kata putus berkenaan kadar caruman pihak majikan. Sekiranya kadar itu telah lama dipersetujui, MTUC amat yakin skim pampasan telah lama sudah diperkenalkan di Malaysia dan dapat dilakasanakan ketika situasi ekonomi suram, yang dijangka akan dialami oleh kita. Sudah pasti ia menjadi satu keputusan “win-win situation” kepada semua pihak.
Daripada menurunkan kadar caruman kepada KWSP adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan pelepasan cukai korporat kepada syarikat-syarikat yang benar-benar berhadapan dengan masalah kewangan. MTUC tidak melihat kesemua syarikat berhadapan dengan kesan teruk ekonomi suram, sehingga membawa kepada keperluan membuang pekerja.
MTUC bimbang ada syarikat atau majikan sengaja menggunakan alasan situasi ekonomi suram untuk mengurangkan pekerja. MTUC tidak akan membenarkan situasi seperti ini berlaku.
Sementara MTUC memahami keperluan sosial pihak MEF dalam mempertahankan kepentingan ahlinya, adalah tidak wajar untuk meminta kerajaan menurunkan kadar caruman KWSP dan sumbangan majikan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
N. Gopal Kishnam
Setiausaha Agung
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com