Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, Majlis Am MTUC mengambil pendirian
tegas menolak pindaan-pindaan yang dibuat dalam rang undang-undang tersebut
berdasarkan faktor-faktor tersebut:

Kedua-dua pindaan AKta Perhubungan Persekutuan dan Kesatuan Sekerja merangkumi
hak perlindungan Bahagian 11 Perlembagaan Persekutuan (Artikel 5(1), 10 (1)(c).

Selain Artikel 1(3) Piagam PBB (yang menghendaki ahli-ahlinya termasuk Malaysia
menghormati hak-hak kemanusiaan), MTUC merasakan undang-undang tempatan (Akta
Hak Kemanusiaan) berhubung rapat dengan Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 dan
undang-undang tempatan (Seksyen 2 dan 4(4).

Oleh itu yang demikian, kata Syed Shahrir, pindaan-pindaan tersebut sememangnya
bercanggah dengan Akta Hak Asasi Manusia dan undang-undang hak asasi manusia.

Salah satu kes (R Ramachandran) memperjelaskan hak-hak penghidupan contohnya
hak terhadap mangsa pembuangan kerja secara tidak adil dllindungi oleh akta
dalam bahagian 11 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, jelaslah pindaan-pindaan tersebut mempunyai
hubungan yang rapat dengan undang-undang tertinggi negara dan oleh yang demikian
ia adalah tidak sah berdasarkan Artikel 4 (1) Perlembagaan Negara.

Cabar pindaan

Pindaan yang diluluskan itu sememangkan akan memalukan Malaysia dalam persidangan
antarabangsa terutamanya artikel 1 (3) Piagam PBB yang dipersetujui.

Perkara demikian tidak harus berlaku di Malaysia yang menyambut 50 tahun kemerdekaan,
malah dalam menerajui kemajuan di masa hadapan.

Menurut Syed Shahir, memandangkan pindaan-pindaan tersebut telah diluluskan
di Parlimen semalam, selain mencabar pindaan itu di mahkamah, Majlis Am MUTC
juga memutuskan untuk membuat aduan kepada Suhakam mengikut seksyen 12 dan 13
Akta Hak Asasi Manusia untuk tindakan yang berpatutan.

Majlis Am MTUC juga, katanya, akan membawa perkara itu ke persidangan Organisasi
Buruh Antarabangsa (ILO) kerana melanggar Piagam PBB dan Piawaian ILO.

"MTUC sekali lagi ingin memaklumkan bahawa pindaan-pindaan yang diluluskan
itu adalah jelas bertentangan dengan keyakinan mutlak yang dijanjikan oleh Menteri
Sumber Manusia dalam mesyuarat Majlis Tindakan Buruh Kebangsaan (NLAC) .

"Atas landasan perjanjian tiga pihak (tripartism), MTUC menyeru kerajaan
menarik balik kelulusan terhadap pindaan-pindaan kedua-kedua ruang undang-undang
supaya keutamaan dan pendapat boleh diperbincangkan dengan lebih berkesan dalam
mesyuarat NLAC," katanya.

Source: http://www.malaysiakini.com/news/71721
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com