Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
25 Mar 2019 – Kuala Lumpur.
#ModiMustGo: Solidariti Bersama Rakan Kami di India
MTUC menyokong seruan oleh ITUC dengan berkumpul di tingkat bawah Menara 1 Mont Kiara di mana letaknya pejababat Pesuruhjaya Tinggi India sebelum menyerahkan Memorandum kepada Wakil Kedutaan Buruhnya Cik Krishna Lal Paul.
Kira-kira 30 pemimpin MTUC dan ahli gabungannya berkumpul dan memegang sepanduk seperti berikut:
1. MODIMUSTGO: SOLIDARITY WITH OUR INDIAN COLLEAGUE (SOLIDARITI BERSAMA RAKAN KAMI DI INDIA)
2 “MODI STOP UNION BUSTING”
(HENTIKAN “UNION BUSTING”)
3. “MTUC SUPPORTS INDIAN TRADE UNION WORKERS CHARTER”(MTUC MENYOKONG PIAGAM KESATUAN SEKERJA INDIA”.
Presiden MTUC Datuk Abdul Halim, Setiausaha Agung MTUC, Sdra J Solomon, Naib Presiden MTUC, Sdra Matkar, Sdra Balasubramanian,
Timbalan Setiausaha Agung, Setiausaha Bahagian MTUC Selangor / KL, Sdra Faisal, Penolong Setiausaha Pendidikan,Sdra K Soma, Ahli Majlis Am dan pemimpin dari pelbagai Kesatuan hadir bersama atas semangat solidariti mereka untuk rakan sejawatan kami di India.
Presiden dan Setiausaha Agung secara bergilir-gilir menyuarakan pendapat dan menerangkan kepada mereka yang berkumpul atas tindakan MTUC dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pemerintah India di bawah pimpinan Perdana Menteri Modi terhadap warga pekerja di India.
Penyebab utama pertikaian itu adalah kerana kerajaan India enggan mengadakan dialog sosial dengan pemimpin Kesatuan yang telah meningkatkan pertikaian perusahaan dan ketidakpuasan hati mereka.
Beberapa kebimbangan serius yang berlaku ialah 93% daripada pekerja adalah dari pekerjaan tidak formal dan pindaan undang-undang buruh akan meningkatkan lagi perpindahan kekal kepada ekonomi yang tidak formal.
Terdapat 200 juta orang yang menganggur dan janji Kerajaan pemerintahan Modi untuk mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 20 juta pekerjaan tidak dapat dilihat.
Kami juga berkongsi kebimbangan mengenai peningkatan perhambaan dan buruh yang terikat dengan hutang, pindaan kepada undang-undang buruh membolehkan ahli keluarga bekerja sehingga mengakibatkan peningkatan buruh kanak-kanak.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com