Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Menentukan tarikh pada hari kerja terutamanya di pertengahan minggu secara tidak langsung akan menyebabkan kesulitan dan masalah kepada orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam proses mengemudi hala tuju negara.
Pilihan raya umum diadakan sekali dalam lima tahun dan menjadi tanggungjawab rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses pengundian kerana mereka akan memilih barisan pemimpin yang mereka inginkan untuk mewakili mereka dan mengurus negara.
Oleh itu pihak berkuasa yang menetapkan tarikh harus bertanggungjawab dalam menentukan tarikh yang paling sesuai untuk sebanyak mungkin pengundi keluar menjalankan tugas mereka.
Kenapa tidak Suruhanjaya Pilihan Raya memilih hujung minggu yang ideal bagi rakyat untuk mengundi.
Dengan pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh kaum pekerja pada hari ini untuk merasai kehidupan yang baik dan bahkan untuk memberi undi sah mereka untuk memilih pemimpin mereka juga terpaksa berhadapan dengan satu laluan yang sukar. Sudah pasti keputusan ini akan mengundang kemarahan dan menyebabkan rasa tidak percaya kepada pihak berkuasa.
Memilih pertengahan minggu sebagai hari mengundi pasti akan melibatkan perjalanan dengan sejumlah besar pengundi perlu kembali ke pusat mengundi mereka. Di samping itu, mereka juga mungkin perlu membawa bersama ahli keluarga tua mereka dan keluarga terdekat, yang pasti akan menyebabkan kesulitan.
Juga akan ada majikan yang akan menafikan pekerja mereka untuk keluar mengundi. Sesetengah pekerja akan mengadu dan ada yang akan berdiam diri kerana takut akan dihukum oleh majikan mereka.
Bagaimanakah pihak berkuasa akan menangani isu-isu seperti ini sedangkan banyak masalah pelanggaran membabitkan majikan yang berlaku sebelum ini tidak ada tindakan oleh pihak berkuasa.
Sekiranya hari penamaan calon boleh diputuskan pada hari Sabtu untuk memudahkan para penyokong berada di sekeliling mereka dan juga tarikh pengundian awal untuk undi pos boleh ditetapkan pada hari Sabtu, mengapa tidak dapat hari mengundi bagi orang ramai tidak boleh diadakan pada hari Sabtu juga? Mengapa ia harus pada hari pertengahan minggu?
Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon berkata, MTUC kecewa dengan pihak berkuasa kerana terus menyukarkan pekerja dan ia hanya membuktikan bahawa pekerja sentiasa menjadi mangsa.
Masih belum terlewat! MTUC berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengkaji semula dan memilih hari yang paling sesuai sebagai hari pengundian. Kecuali keputusan itu bertujuan menimbulkan kesukaran kepada orang ramai sementara ia memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com