Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Presiden dari Kesatuan Pekerja Pewter & Kraftangan Sem Mal, Sdr Mohd Mazlee Bin Moin mengetuai Pegawai Utama Kesatuannya untuk mengadakan pertemuan di Ibupejabat
MTUC, yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Sdr J Solomon dan Sdr K Soma berhubung dengan EIS.
Ia merupakan mesyuarat yang membuahkan hasil di mana Ibupejabat MTUC dapat memberikan penjelasan mengenai EIS dan menzahirkan keprihatianan kami terhadap pelaksanaannya secara objektif.
Kami gembira apabila Presiden KPPPKSM dan Rakan-rakannya sangat berminat untuk memahami EIS supaya mereka dapat menerangkan kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh ahli-ahlinya.
Setelah perbincangan lanjut, MTUC mencadangkan agar seorang pegawai dari EIS mengadakan taklimat untuk semua ahli Kesatuan di tempat kerja agar semua ahli dapat memahami manfaat EIS.
Para Pemimpin Kesatuan mengalu-alukan cadangan itu dan akan memaklumkan tarikh dan masa yang sesuai supaya taklimat itu dapat dijalankan untuk semua ahli.
Taklimat yang sama juga akan diaturkan untuk kesatuan lain, sekiranya terdapat permintaan untuk taklimat tersebut yang akan memberi faedah kepada ahli-ahli untuk memahami pelaksanaan baru ini kerana pada awal perlaksanaannya akan ada sedikit kekurangannya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com