Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Warkah untuk Perdana Menteri yang disayangi,
Tun,
Bagi pihak MTUC dan seluruh warga kerja Malaysia, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari lahir ke 94 dan berdoa Tun sentiasa dilimpah dengan kesihatan baik dan ruang untuk terus memimpin negara.
Kami juga berdoa kepada Maha Esa untuk dimakbulkan harapan Tun sendiri supaya diberi peluang untuk menghabiskan misi untuk memulihkan semula kemakmuran Malaysia.
Harapan Tun itu turut menjadi harapan kami semua di MTUC.
Tun adalah tonggak utama untuk memulihkan negara daripada natijah kesalahan dan kelalaian terdahulu. Sumbangan Tun yang dibentuk menerusi nilai-nilai bekerja kuat dan dipacu kepimpinan berwawasan, akan sentiasa dihargai oleh kami dan menjadi contoh kepada pemimpin lain.
MTUC memberikan sokongan bulat kepada Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun pada pilihan raya umum ke 14. Keputusan kami itu terbukti tepat demi membela warga pekerja Malaysia.
Tun, kami memghargai komitmen kerajaan pimpinan anda untuk meminda undang-undang buruh demi mengembalikan maruah pekerja dan menjadikan mereka hak yang sewajarnya dalam berkongsi kemakmuran negara.
Proses misi ini masih berterusan, kami berkeyakinan penuh terhadap keikhlasan Tun dan iltizam kerajaan Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan yang mampu memperbaiki kebajikan semua pekerja di tanah air tercinta ini.
Selamat Hari Lahir Tun.
J. Solomon
Setiausaha Agung
MTUC
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com