Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pasangan itu didenda RM678,000 kerana membayar gaji rendah kepada 5 pekerja Malaysia dan Taiwan di restoran mereka.
BRISBANE: Dua warga warga Malaysia didenda lebih A$200,000 (RM678,000) kerana didapati mengeksploitasi 5 pekerja Malaysia dan Taiwan.
Lee Wee Song dan Siew Lay Yeoh didapati membayar gaji rendah kepada pekerja yang mempunyai visa di kedai Teppanyaki Lovers dan Nigi Nigi mereka, menurut laporan berita SBS.
Lee dan Siew didenda A$40,500 dan A$32,400 di samping syarikat mereka Tsuyoetsu Pty Ltd dan Taikuken Pty Ltd didenda A$99,000 dan A$29,200.
Mereka membayar 5 kakitangan serendah A$10 sejam sedangkan gaji minimum di Australia ialah A$17.70 sejam.
Lima pekerja yang memegang visa pelajar itu dibayar antara A$13,880 hingga A$45,182 setiap seorang (berjumlah A$148,710) di antara November 2011 dan Oktober 2014, lapor SBS.
Laporan itu tidak menyatakan berapa ramai pekerja Malaysia terlibat.
Sementara itu, majalah Hospitality memetik Hakim Salvatore Vasta sebagai berkata: “Ia mungkin boleh dikatakan responden sendiri datang dari Malaysia dan pekerja adalah warga Malaysia, tetapi majikan di Australia perlu bertanggungjawab dengan bersikap adil dan saksama serta mematuhi undang-undang di Australia.
“Terdapat tanggungjawab ke atas mereka untuk memastikan pekerja daripada budaya yang sama dengan majikan tidak dieksploitasi.
“Ia akan kelihatan seolah-olah jika seseorang dari budaya tertentu datang ke Australia dan bekerja dengan orang lain daripada latar belakang yang sama, secara automatik akan wujud tahap kepercayaan dan keselesaan dalam fakta itu. Dengan tidak mematuhi undang-undang negara ini, ia menunjukkan eksploitasi yang amat serius terhadap 5 pekerja itu.”
Majalah itu memetik Fair Work Ombudsman Natalie James sebagai berkata penghakiman itu menghantar mesej yang jelas kepada majikan asing di Australia yang mengeksploitasi pekerja luar dari Australia merupakan salah laku yang serius.
“Saya semakin bimbang tentang bilangan majikan daripada pelbagai latar belakang budaya dan bahasa yang mengeksploitasi pekerja komuniti etnik mereka sendiri.
“Pekerja luar negara berhak mendapat gaji yang sama seperti rakyat Australia dan kita perlu berusaha menghapuskan mitos ia tidak mengapa membayar pekerja asing pada ‘kadar luar kebiasaan’ yang lebih rendah mengikut undang-undang kadar gaji minimum digunakan di Australia,” beliau dipetik sebagai berkata.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com