Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, ini kerana
kerajaan mendapati tindakan mogok MTUC pada 25 Jun lalu di 15 lokasi di seluruh
negara dan 8 Ogos lalu didalangi pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

Beliau berkata, tindakan kesatuan sekerja itu jelas melanggar Akta Kesatuan
Sekerja 1959, justeru tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kita akan mengambil tindakan sekiranya berlaku pelanggaran kepada akta
tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kesatuan
Sekerja (Pindaan) 2007 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Abdul Rahman, kementerian mahu Ahli Jawatankuasa MTUC memahami peranan
sebenar mereka kerana sejak kebelakangan ini, mereka dilihat telah menggunakan
kongres itu untuk faedah dan kepentingan sendiri.

Beliau berkata, kerajaan tidak hairan dengan mogok tersebut yang hanya disertai
antara 5,000 hingga 6,000 pekerja sedangkan jumlah sebenar ahli MTUC ialah setengah
juta orang.

“Banyak pekerja atau kesatuan sekerja dalam MTUC meluat melihat gelagat
dan tindakan pemimpin mereka yang mengheret pekerja dan kesatuan sekerja untuk
menentang kerajaan.

“Ramai terutama pekerja di peringkat bawah yang bersyukur dan berterima
kasih kepada kerajaan dan negara kerana memberikan mereka kedudukan yang begitu
baik sekali,” katanya.

Abdul Rahman berkata, jika tindakan MTUC mengadakan piket bertujuan untuk meraih
dan menangguk kepentingan parti tertentu, maka ia tidak akan mendapat sokongan
daripada kebanyakan ahli-ahlinya.

Beliau turut menyelar MTUC kerana lebih berminat mengadakan mogok berbanding
berganding bahu dengan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti pekerja bagi
membangunkan secara berterusan pertumbuhan ekonomi negara.

“MTUC lebih berminat mogok. MTUC yang menyekat kedatangan pelabur asing
ke Malaysia.

“Jika MTUC benar memperjuangkan nasib pekerja kenapa tidak terlibat sama
dalam kempen mencari pekerjaan dan menggalakkan pekerja meningkatkan produktiviti,”
katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak mahu MTUC dan juga kesatuan lain didalangi oleh
mana-mana parti politik yang memperalatkan kesatuan untuk kepentingan dan tujuan
tertentu.

Beliau berkata, pihak kementerian sentiasa membuka pintu rundingan kepada MTUC
dan juga kesatuan sekerja lain untuk mengadakan perbincangan jika mereka mempunyai
masalah, termasuk dalam soal penetapan gaji minimum.

Ini kerana katanya, kerajaan telah pun melaksanakan gaji minimum semenjak Akta
Penetapan Gaji 1947 diperkenalkan dan penetapan gaji minimum itu telah dimulakan
sejak tahun 1983 lagi.

Hasil daripada usaha kerajaan melalui Majlis Penetapan Gaji itu katanya, kira-kira
1.2 juta pekerja di negara ini telah mempunyai gaji tetap.

“Namun, kita perlu sedar, kedudukan gaji pekerja itu tidak boleh kita
paksa semuanya. Ada sektor tertentu yang kita tidak boleh adakan penetapan gaji
minimum, begitu juga dengan pekerja asing,” katanya.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0830&pub=utusan_malaysia&sec=parlimen&pg=pa_02.htm&arc=hive
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com