Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Persekutuan Kesatuan Sekerja Antarabangsa, atau lebih dikenali sebagai ITUC, dengan kerjasama MTUC telah mengadakan Akademi Kelola Global, program julung kali, di Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung MTUC, Sdra J Solomon mengalu-alukan para peserta dan menyampaikan ucapan beliau pagi ini.
Dalam ucapannya, Sdra J Solomon menekankan kepentingan membolisasikan kaum pekerja.
Sejak dahulu lagi kata beliau, para pekerja telah dianiaya oleh golongan kapitalis dalam pelbagai cara dan bentuk. Kaum pekerja boleh memenangi pihak pemodal dan ia mesti dilakukan secara kolektif, sebagai satu pasukan yang bersatu padu. Untuk ini, Akademi Kelola Global adalah satu-satunya cara untuk setiap pekerja dan kesatuan sekerja.
Beliau memetik petikan terkenal Abraham Lincoln mengenai pekerja iaitu “pekerja adalah yang paling utama, dan bebas daripada modal. Modal hanyalah hasil daripada buruh dan tidak boleh wujud jika pekerja tidak wujud terlebih dahulu. Pekerja adalah teratas berbanding modal, dan berhak mendapat pertimbangan yang lebih tinggi ” – dan para pekerja harus disedarkan tentang fakta ini melalui Akademi Kelola Global demi menjaga keseimbangan kuasa di tempat kerja.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com