Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Zoo Negara Malaysia dikendalikan oleh Persatuan Zoologi Malaysia (PZM). Ia dibiayai oleh Kementerian Kewangan (KKM) dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATSA) antara lain. PZM dituduh kerana tidak menyediakan tempat perumahan bagi pekerja berpendapatan rendah walaupun telah menerima peruntukan sebanyak RM1.6 juta oleh kerajaan pada tahun 2001.
Apabila Kesatuan gagal mencari penyelesaian daripada pihak pengurusan sejak 2001, ia telah dilaporkan kepada Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (KKSM) pada tahun 2018, di mana “Kesatuan Pekerja-Pekerja Persatuan Zoologi Malaysia” (KPPMZS) adalah kesatuan gabungan. Dalam campur tangannya, KKSM telah mengadakan dua mesyuarat dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (KPJTK) di mana PZM mengakui telah menerima RM1.6 juta pada tahun 2001 dan gagal membina rumah yang dijanjikan.
Alasan-alasan yang dikemukakan oleh PZM adalah bahawa tanah tidak diperuntukkan oleh pihak berkuasa sehingga 2016 dan RM1.6 juta tidak mencukupi untuk membina rumah pada tahun 2016.
KKSM terkejut bagaimana kerajaan hanya memperuntukkan RM1.6 juta tanpa penilaian yang sewajarnya. Sebagai tindak balas kepada soalan KKSM mengenai bilangan dan reka bentuk rumah, pihak pengurusan menyatakan bahawa ia dijangka akan membina tujuh (7) rumah setingkat dengan tiga bilik. Selanjutnya, pihak pengurusan tidak ada jawapan untuk soalan KKSM mengenai kos pembinaan 7 unit rumah tersebut pada 2016 dan berapakah kekurangan wang.
Pada 26hb Oktober 2018, YB Tuan M Kulasegaran, Menteri Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menyampaikan kepada KATSA untuk tindakan selanjutnya kerana perkara yang berkenaan bukan dalam skopnya.
Sebelum ini pada 13 Julai 2018 wakil KATSA hadir pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh KPJTK.
Menghairankan, setakat ini belum ada sebarang respons daripada pegawai tersebut walaupun suatu maklum balas daripada beliau amat diperlukan. Nampaknya, pegawai Kementerian tersebut tidak hanya berdiam diri sejak tahun 2001,malah juga menunjukkan sikap berpura-pura meskipun rungutan telah dibangkitkan oleh Kesatuan pada bulan Julai 2018.
Kami berharap bahawa Menteri KATSA YB Dr. Xavier Jayakumar akan serius menangani masalah kerana ianya telah ditangguhkan sejak tahun 2001.
KKSM mengambil perhatian serius mengenai tingkah laku PZM yang telah menakutkan dan mengganggu Presiden, Sdra. Maran A/L Rengasamy dan Timbalan Presiden, Sdra. Mohamed Fitri Bin Mohamed Yusoff untuk membangkitkan isu pekerja. Pihak PZM harus diingati bahawa beberapa penduduk Malaysia yang menyumbang secara langsung kepada pengurusan Zoo Negara dan kerajaan juga memperuntukkan dana daripada pembayar cukai. Dalam erti kata lain, adalah amat memalukan untuk melihat pekerja B40 masih dieksploitasi sehingga kini.
Kedua-dua KKM dan KATSA juga harus libat urus dengan kesatuan semasa lawatan mereka supaya mereka boleh mendapatkan maklumat yang sahih,demi lebih memahami apa yang dikatakan tenaga kerja yang telah dieksploitasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak pengurusan yang juga perlu direkodkan. Penglibatan dan dialog sosial yang bermakna adalah penting bagi kerajaan untuk memastikan wang awam dibelanjakan secara produktif dan jelas untuk tujuan yang dimaksudkan.
KKSM tidak ingin menyaksikan wang orang awam disalahgunakan untuk menipu dan mengeksploitasi pekerja B40 dan oleh itu tindakan segera perlu diambil oleh Kementerian yang berkaitan untuk memastikan tadbir urus yang baik.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com