Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SHAH ALAM, 5 Okt (Bernama) — Seorang pekerja binaan warga Indonesia mati tertimbus ketika menjalankan kerja mengorek tanah berdekatan Jalan Parang 19/8, Seksyen 19 di sini, Isnin.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa dikenali sebagai Jalmi, berumur dalam lingkungan 20-an ditemui terperangkap di bawah timbunan tanah sedalam kira-kira tiga meter.
“Bomba menerima panggilan pada pukul 10.30 pagi tadi dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com