Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Semasa sesi ini, Setiausaha Agung MTUC, Bro J Solomon menyatakan bahawa masa ini adalah waktu yang mendesak untuk para pekerja memberi pandangan dan pendant mengenai pindaan undang-undang buruh untuk mewujudkan keseimbangan kuasa antara majikan dan pekerja yang sangat berat sebelah dan memihak kepada pihak majikan, saat ini.
Beliau berkata “Pekerja dan kesatuan sekerja berada dalam keadaan kurang senang kerana undang-undang buruh yang melampau dan diambil kesempatan oleh beberapa majikan yang tidak bertanggungjawab. Majikan yang tidak bertanggungjawab juga melanggar Tatakelakuan Harmoni Perusahaan dan undang-undang, terdapat “ramai majikan yang akan berfikir panjang lebar untuk mengubah koma atau nokta dalam klausa perjanjian kolektif dan terdapat banyak kesatuan yang sedang berjuang untuk mengekalkan beberapa klausa yang mereka miliki sekarang di dalam perjanjian mereka. Ini, ditambah pula dengan digitalisasi dan robotik yang merangkak masuk ke dalam dunia pekerjaan, perubahan-perubahan yang sedang berlaku dengan cepat dan pesat sedang mengganggu kehidupan para pekerja.
Sejak November 2018, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah memulakan kerja untuk meminda Udang-undang Buruh negara dan Bro J Solomon menegaskan bahawa beliau telah meminta bantuan pakar Pertubuhan Buruh Antarabangsa untuk menjalankan latihan ini untuk menyokong para peserta untuk memahami undang-undang semasa, standard buruh antarabangsa dan mencadangkan input untuk pembaharuan yang selaras dengan Piawaian Buruh Antarabangsa.
Bro Hugo Van Noord, Ketua Penasihat Teknikal ILO di Malaysia menekankan bahawa undang-undang Buruh Malaysia memerlukan pindaan yang luas untuk mematuhi Piawaian Buruh Antarabangsa dan beliau menggesa para peserta mengambil kesempatan untuk memahami pindaan-pindaan yang telah dicadangkan dan membincangkan cadangan kesatuan supaya selaras dengan Konvensyen.
Latihan ini juga mempunyai input dari Undang-undang Buruh, Encik Arun Kumar dan Puan Mariam dari Kementerian Sumber Manusia, Bahagian Dasar.
Fasilitator adalah Sdra Raghwan (Pakar ILO (bekas), Sdra YonungMo (ILO Bangkok), Sdra K. Somahsundram dan Sdra A Karuna.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com