Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang dibentuk untuk memberikan faedah persaraan bagi ahli yang bekerja di negara ini. Simpanan mereka diuruskan dengan cara yang cekap dan boleh dipercayai.
Sehingga September 2017 terdapat sejumlah 13.72 juta ahli dari Pekerja Sektor Swasta dan Pekerja Sektor Awam Tidak Berpencen, daripada jumlah ini 7.05 juta adalah ahli aktif dan menyumbang.
Simpanan pekerja dilaburkan dalam beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menjana pendapatan. KWSP memastikan simpanan anda adalah selamat dan menerima dividen yang munasabah dan menjamin sekurang-kurangnya nilai minima sebanyak 2.5% dividen setiap tahun.
Bagi tahun 2017, dividen Simpanan Konvensional adalah 6.90% dan dividen Simpanan Syariah adalah 6.4%.
Sebagai penyumbang untuk dana persaraan, adalah menjadi hak kami untuk mengetahui bagaimana dana persaraan kami dijalankan untuk memastikan bahawa kami mempunyai dana yang mencukupi apabila kami bersara.
Oleh itu, kami gembira bahawa KWSP telah bersetuju dengan permintaan kami untuk memberi taklimat pada hari Rabu, 7 Mac 2018 ini untuk pemahaman kami tentang proses tersebut agar dapat dimaklumkan kepada ahli kami di Kesatuan masing-masing dengan sewajarnya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com