Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SHAH ALAM, 22 April (Bernama) — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya mendidik masyarakat tentang kesan terhadap kesihatan akibat daripada pembakaran terbuka memandangkan ia boleh membawa kepada masalah kesihatan lebih serius kepada pekerja jika tidak dibendung.
Timbalan Setiausaha Agung MTUC A Balasubramaniam berkata kesatuan sekerja itu mengenal pasti kegiatan pembakaran terbuka di tapak pembinaan dan kawasan perindustrian dapat membawa kesan buruk terhadap kesihatan pekerja selain menyumbang kepada masalah alam sekitar misalnya jerebu.
Beliau berkata pekerja di sektor awam mengalami masalah kesihatan serius seperti asma akibat menghidu asap daripada pembakaran terbuka di tapak pembinaan dan kawasan perindustrian.
“Sehubungan itu, MTUC menerusi jawatankuasa alam sekitarnya, sedang menyediakan maklumat berkaitan kesan akibat pembakaran terbuka yang akan diserahkan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama.
Balasubramaniam berkata tindakan tegas bagi menangani kegiatan pembakaran terbuka diperlukan berikutan Malaysia sering menjadi sasaran kritikan antarabangsa apabila berlaku jerebu akibat kebakaran hutan di negara berjiran.
Beliau berkata pembakaran terbuka secara haram membawa kepada perubahan iklim global dan negara kini mengalami peningkatan suhu yang mungkin memberi kesan terhadap produktiviti pekerja dalam jangka panjang.
Dalam pada itu, Balasubramaniam berkata terdapat keperluan bagi penyertaan aktif sektor swasta dalam memastikan setiap peringkat aktiviti komersial mereka dilaksanakan secara mesra alam sekitar.
Source: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com