Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
26 Januari 2018 – Ibu Pejabat KKSM
Pegawai-pegawai daripada ibupejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Putrajaya telah melawat ibupejabat KKSM. Para pegawai yang hadir adalah Ketua Pengarah JPP, Encik Khalid Bin Jali, Encik Ahmad Kamal dan Encik Faizal Ahmad Tarmizi dari Bahagian Undang-Undang JPP, Puan Rozila, Bahagian Pertikaian dan beberapa orang pegawai JPP yang lain.
Lawatan mereka dialu-alukan oleh Setiausaha Agung KKSM, Sdra J Solomon, Setiausaha Kewangan KKSM, Sdra Mohd Effendy Abdul Ghani, Sdra K. Somahsundram, Pegawai Pendidikan, Sdra Zul Thye, Pegawai Penyelaras MRC, Puan Christina, Pembantu Peribadi SUA KKSM dan 3 wakil daripada Pusat Bantuan Guaman.
Kedua-dua pihak telah membincangkan beberapa perkara dan mencadangkan penambahbaikan dalam proses mengadakan konsiliasi di JPP di bawah Seksyen 18 atau Seksyen 20, Skim Insurans Pekerjaan, Revolusi Industri 4.0, TPPA dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan perindustrian di Malaysia.
Persetujuan juga dicapai untuk mesyuarat berkala antara JPP dan pemimpin Kesatuan-kesatuan sekerja sepertimana yang telah dimohon oleh beberapa Kesatuan Sekerja.
KKSM akan menganjurkan pertemuan berkala ini dan percaya kedua-dua rakan sosial dapat memahami dan memperbaiki sistem penyampaian untuk memenuhi keperluan pekerja dengan lebih berkesan.
Mesyuarat berakhir dengan pertukaran memento antara JPPM dan KKSM.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com