Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Covid-19 dan Perlindungan Pekerja – Mana Silapnya?
COVID-19 mencetuskan krisis kesihatan dan ekonomi terburuk, menjejaskan pekerja dan masyarakat di segenap pelusuk dunia pada tahap yang tidak pernah di alami sebelum ini.
Walaupun kerajaan berusaha menangani kemelut akibat pandemik Covid-19, sebilangan besar warga pekerja terus di tindas majikan sama ada dengan pemotongan gaji yang menyalahi undang-undang atau di paksa mengambil cuti tahunan tanpa gaji. Malah ada pekerja diberhentikan sewenang-wenangnya.
Satu daripada cara MTUC membantu pekerja dalam menghadapi permasalahan ini adalah dengan menganjurkan perbincangan panel pakar demi menyebarkan kesedaran mengenai hak pekerja dan menawarkan nasihat serta khidmat perwakilan kepada mereka yang memerlukannya.
Justeru, sekali lagi MTUC mengumpulkan panel pakar dalam bidang masing-masing untuk mengupas pelbagai isu melibatkan kepentingan pekerja, termasuk aspek sosio-ekonomi, hak undang-undang, perwakilan kesatuan dan inisiatif kerajaan menangani pandemik Covid-19.
Ikuti perbincangan rancak CABARAN PEKERJA SEMASA PANDEMIK COVID-19
Hari: Sabtu, 6 Jun 2020
Jam: 11.00 pagi – 1.00 Tengahari
Tempat: LIVE di Facebook Malaysian TUC
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com