Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR – Sistem ekonomi ketika ini yang membolehkan segelintir kecil golongan kaya membolot kekayaan dunia perlu diubah.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon berkata, kerajaan dan majikan di seluruh dunia perlu mengambil tindakan drastik bagi menjamin pengagihan kekayaan dilakukan dengan lebih adil.
Tambah beliau, perubahan politik di seluruh dunia menunjukkan masyarakat antarabangsa turut menuntut perubahan kepada sistem ekonomi yang mengutamakan golongan minoriti yang kaya tetapi membelenggu golongan pekerja dengan pelbagai musibah.
“Hari ini kita memerlukan piawaian buruh global yang melengkapi malah menyaingi peraturan perdagangan sedia ada supaya hasil perdagangan global dikongsi bersama, bukan dibolot oleh segelintir kecil manusia,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Ulang tahun Ke-100 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva, Switzerland hari ini.
Selain itu, Solomon turut mengkritik sistem kapitalis yang disifatkan sebagai menafikan hak pekerja berkesatuan.
“Penggunaan jentera kapitalis (ini)…melebarkan lagi jurang dalam masyarakat dan hanya boleh diperbetulkan dengan usaha ikhlas semua pihak, termasuk kerajaan dan majikan,” tegas beliau.
Mengulas lanjut, Solomon menggesa ILO di Malaysia supaya tidak mendiskriminasikan pekerja tempatan dalam melaksanakan program kebajikan sedangkan program sebegitu seharusnya menjadi platform untuk memupuk integrasi antara pekerja asing dengan tempatan.
Beliau turut menyuarakan kekesalannya terhadap kerajaan Malaysia yang masih belum mengesahkan Piagam C87 ILO yang melibatkan hak pekerja untuk berkesatuan.
“MTUC akan terus bekerja ke arah merealisasikan ratifikasi C87 dan kami yakin ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Source : http://www.utusan.com.my/…/tamatkan-penguasaan-kekayaan-ole…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com