Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Insentif latihan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) boleh disalur kepada institusi latihan seperti GIATMARA, khusus untuk melatih individu yang kehilangan pekerjaan atau menganggur.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata GIATMARA memiliki fasiliti lengkap dan boleh berperanan memberi latihan dengan insentif khas boleh diagihkan secara terus kepada individu yang mendapat latihan.
Katanya, dengan kapasiti 231 GIATMARA yang ada di seluruh kawasan parlimen di negara ini, sudah pasti ia mudah untuk diakses.
“Insentif sebanyak RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang menganggur dan juga golongan belia, sebaiknya disasarkan kepada pusat latihan khusus seperti GIATMARA. Ini akan memudahkan individu yang hilang pekerjaan untuk mendaftar,” katanya kepada BH.
Bagi program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion, beliau mahu kerajaan memperincikan kaedah agihannya memandangkan ketika ini banyak syarikat yang mengecilkan dan menstruktur semula operasi serta membuang pekerjanya.
“Bagaimana kita mahu galakkan syarikat ambil pekerja sedangkan ketika ini sebahagian besarnya sudah mengurangkan pekerja, malah ramai juga yang diberhentikan. Saya yakin, untuk jangka pendek ini, syarikat berkenaan tidak akan mengambil pekerja baharu sebagai langkah mengimbangi kestabilan kewangan syarikat.
“Jadi, mekanisma ini mesti diperincikan. Industri dan sektor apa yang menjadi keutamaan mesti dijelaskan supaya individu yang kehilangan pekerjaan nampak di mana mereka boleh mencari peluang kerja baharu,” katanya.
Mengenai pelanjutan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi membabitkan peruntukan RM5 bilion, Abdul Halim menyambut baik inisiatif itu, yang pasti akan membantu kewangan syarikat terkesan.
“Pada dasarnya MTUC melihat insentif diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ini baik dan produktif untuk membantu syarikat perniagaan dan golongan pekerja,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Halim juga meminta kerajaan mempertimbang cadangan MTUC supaya moratorium yang diumum selama enam bulan dilanjutkan tiga bulan lagi sehingga Disember bagi mengurangkan beban mereka yang terjejas terutama selepas kehilangan punca pendapatan.
Source : https://www.bharian.com.my/…/syor-giatmara-latih-individu-h…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com