Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Wartawan Sinar Harian – 9 Julai 2017
SHAH ALAM – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menggesa sebuah bank berhenti daripada melakukan saringan semula ke atas pekerjanya, termasuk meminta mereka mendedahkan kecenderungan politik diri dan ahli keluarga masing-masing.
Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata, langkah bank itu sesuatu yang tidak beretika dan tidak masuk akal yang bertujuan menceroboh privasi para pekerja, ahli keluarga dan orang ramai secara umum.
NUBE kata beliau, mendapati soalan di bahagian kecil yang bertajuk “Deklarasi: Mereka Yang Terdedah Kepada Politik” terlalu umum dan skopnya luas.
Solomon berkata, NUBE pernah membantah tindakan seumpama itu tahun lalu dan pihak bank itu didapati telah mengubah suai dan minda beberapa soalan.
“Pihak Bank meneruskan saringan semula pekerja mereka dengan set soalan yang baharu,” kata Solomon dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.
Solomon menambah, pihaknya telah meneliti set soalan berkaitan dan mendapati tindakan bertanya soalan-soalan yang sensitif adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, oleh kerana setiap pekerja sudah pun disaring oleh pihak Bank semasa mereka diambil kerja, maka tidak ada sebab untuk proses saringan semula ke atas mereka.
“Oleh itu, tidak wujud keperluan untuk ahli-ahli menandatangani Surat Pensijilan Kendiri Pekerja,” kata beliau.
Solomon menambah, NUBE berpendirian langkah bank itu bertanya soalan-soalan seperti kecenderungan politik adalah keterlaluan dan menyentuh privasi ahli-ahli keluarga dan hubungan pelanggan mereka.
“Ia tindakan tidak beretika dan tidak wajar bagi Bank untuk mendesak ahli-ahli NUBE memberikan butiran sedemikian dan menandatangani borang deklarasi dimaksudkan.
“NUBE juga bimbang data peribadi ahli-ahli NUBE akan terdedah kepada pihak luar,” kata beliau.
Beliau juga bertanya sama ada langkah bank itu mendapat kebenaran pihak berkuasa negara seperti Bank Negara Malaysia.
Jika pihak berkuasa khususnya Bank Negara Malaysia membenarkan langkah itu, apakah jaminan perlindungan yang setiap pekerja ada di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi?”
“Nampaknya ia bertindak begitu rupa untuk menceroboh privasi ahli-ahli NUBE. Bagi tujuan kemas kini borang maklumat peribadi terkini, kami tidak mempunyai bantahan,” katanya
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/…/soalan-politik-data-pekerja…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com