Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
22 Julai 2020
SEGi College,Subang Jaya
Satu perbincangan susulan telah diadakan antara pihak MTUC dan SEGi College pada pagi ini untuk memastikan kelancaran dan perjalanan program ‘CROSSOVER’ bagi pekerja-pekerja yang terkesan dengan pemberhentian kerja.
Perbincangan susulan ini adalah perbincangan yang dilakukan selepas Majlis Menandatangani MoU antara dua pihak yang berlaku pada 15 Julai 2020 lalu.
Perbincangan menumpukan kepada cara mempromosikan program ini kepada mereka yang terlibat melalui media sosial (Facebook) MALAYSIAN TUC dan SEGi College,poster,banner serta sebaran melalui risalah.
Pihak SEGi College akan mewujudkan ‘Google Form Document’ untuk mengumpulkan maklumbalas dan kesan daripada Program ini melalui individu yang terlibat bagi tujuan penambahbaikan dimasa akan datang.
Penyebaran risalah kepada mereka yang hadir ke MTUC bagi membuat pengaduan mengenai masalah pekerjaan akan bermula pada hari Isnin,22 Julai 2020 dan sesi pertama bagi program ‘CROSSOVER’ akan diadakan pada 4 Ogos 2020 pada Jam 11.00 pagi di Wisma MTUC Subang Jaya.
Pada perbincangan tersebut,MTUC telah diwakili oleh En Rudy Rusly (Organising Coordinator@MTUC) , En Muhammad Fitri Amzah (Youth & Organising Coodinator @MTUC) dan SEGi College diwakili oleh En Sathiyan (Executive Career Officer).
Untuk sebarang maklumat mengenai Program ‘CROSSOVER’, boleh terus hubungi talian 03-80242953 / 012-3442453 (Fitri Amzah) .
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com