Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
16th Mac 2020, Kuala Lumpur.Laporan Oleh Mirosha Somasundram, sukarelawan kanan membantu MTUC mengagihkan bantuan makanan kepada pekerja Bangladesh.
Sukarelawan yang membantu mengagihkan bantuan makanan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, pekerja sepenuh masa, doktor pergigian, pakar komputer dan akauntan.
Turut membantu kerja-kerja ini adalah sukarelawan daripada gurdawara yang membekalkan makanan percuma untuk golongan tua, dan suri rumah. Kami juga mempunyai sukarelawan dari negeri lain yang membantu dalam pengurusan data secara maya (virtual).
Kami turut mempunyai sebuah lagi pasukan sukarelawan yang ditubuhkan minggu ini. Peranan utama pasukan ini adalah menguruskan maklumat mengenai penerima bantuan termasuk alamat kediaman mereka bagi menjamin urusan penghantaran bantuan berjalan licin, tanpa membazir apa-apa sumber termasuk tenaga kerja dan pengangkutan.
Pada masa ini semakin ramai sukarelawan menyertai kami. Setakat laporan ini ditulis, jumlahnya adalah 30 untuk kerja penghantaran bantuan makanan manakala 12 lagi menguruskan data penerima bantuan.
Beberapa sukarelawan adalah kawan-kawan saya manakala yang lain tampil membantu selepas memperolehi maklumat yang dimuat naik oleh saya di laman media sosial.
Meskipun menanggung pelbagai risiko dalam menjalankan kerja-kerja pengagihan bantuan makanan ini, kesemua mereka menunjukkan komitmen dan berjiwa besar untuk membantu pekerja-pekerja migran yang tertekan akibat PKP dan risiko jangkitan Covid-19.
Apa pun kami memastikan semua sukarelawan mengambil segala langkah keselamatan yang perlu demi kebaikan diri dan mangsa-mangsa yang dibantu oleh mereka.
Hari ini kami menggerakakan kontijen terbesar mengagihkan bantuan makanan, membabitkan 30 sukarelawan dan 16 kereta yang dikerah ke 354 lokasi. Setakat ini bantuan kami mencakupi 100 lokasi di Kuala Lumpur.
Terima Kasih kepada MTUC/Kedutaan Besar Bangladesh dan semua sukarelawan daripada segenap lapisan masyarakat.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com