Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyelar Kementerian Sumber Manusia kerana mendakwa kesatuan tersebut menentang prinsip asas Konvensyen 87 (C87) yang membabitkan hak pekerja berpersatuan dan melancarkan mogok.
MTUC dalam kenyataan menyifatkan dakwaan itu bertujuan mengelirukan orang ramai selain memburukkan nama baik mereka.
“MTUC tidak pernah menentang C87. Adalah jelas dengan membuat kenyataan sedemikian, kementerian mendedahkan sifat hipokrit terhadap MTUC dan golongan pekerja di negara ini,” menurut kesatuan itu hari ini.
Semalam, Kementerian Sumber Manusia mempersoalkan tindakan MTUC mendesak kerajaan untuk meratifikasikan C87 walaupun dikatakan menentang prinsip asas konvensyen anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Kata kenyataan itu lagi, MTUC menegaskan isu kebebasan menyertai kesatuan hanyalah satu daripada peruntukan di dalam konvensyen itu dan bukannya prinsip asas.
Menurutnya, kerajaan sebelum ini sering meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa tetapi hanya melaksanakan peruntukan yang difikirkan sesuai dan mengenepikan yang lain.
MTUC berkata, sebagai contoh, Malaysia meratifikasi konvensyen C98 pada tahun 1961 namun sehingga hari ini kerajaan gagal melaksanakan semua peruntukan di dalam konvensyen itu.
“Antara yang tidak dilaksanakan ialah pemansuhan syarat untuk kesatuan sekerja mendapatkan pengiktirafan majikan dan hak kakitangan awam kepada rundingan kolektif,” katanya.
Merujuk kepada C87, MTUC menjelaskan kesatuan itu tidak pernah mendesak kerajaan meratifikasi dan melaksanakan semua peruntukannya serta-merta, sebaliknya badan itu terbuka kepada cadangan untuk melaksanakannya secara berperingkat.
“C87 bukan hanya menyentuh kebebasan pekerja menyertai kesatuan tetapi ia juga mempunyai peruntukan yang mengiktiraf hak pekerja melancarkan mogok tanpa kekangan undang-undang.
“Dalam isu hak kebebasan berpersatuan, MTUC mengambil pendirian bahawa kebebasan untuk menubuh pelbagai kesatuan di sesuatu tempat kerja belum sesuai dilaksanakan buat masa ini demi keharmonian industri, gerakan kesatuan dan kebajikan pekerja,” ujarnya.
Sehubungan itu, MTUC berpandangan adalah amat tidak wajar untuk Kementerian Sumber Manusia menggunakan hujah itu untuk mendakwa MTUC menentang C87.
Source : http://m.utusan.com.my/…/mtuc-selar-kementerian-sumber-manu…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com