Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tidak menentu (GST) keatas semua bahan habis guna, yang kononya bertujuan membantu menampung kos dan perbelanjaan dan hutang negara, harus dimansuhkan.
Ini kerana GST terangkum ke dalam pendapatan pekerja. Pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang paling teruk menderita. Kami menanggung kesan akibat GST – dari sarapan pagi hingga makan tengah hari dan juga sehingga makan malam, dari bahan makanan kepada susu yang diberi kepada anak-anak kita, dari kereta untuk pengangkutan ke rumah mampu milik, walaupun untuk bentuk hiburan yang paling sederhana pun iaitu menuntun gambar di pawagam.
GST, yang meraih berbilion ringgit setiap tahun, dipamerkan sebagai satu bentuk ‘hadiah’ dengan alasan ia perbelanjaan untuk negara, dan bukan sebagai langkah jangka panjang yang komprehensif untuk mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi para pekerja.
Tindakan selektif menggunakan GST terbongkar dengan pendedahan baru-baru ini mengenai pengecualian GST sebanyak RM3.3 bilion kepada China Communications Construction Company Ltd (CCCC). Ini adalah bukti kaum pekerja terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi setiap pilihan yang kita buat sebagai pengguna.
1 Mei, Hari Buruh adalah hari yang kita memperingati hak-hak pekerja yang dimemenangi sejak sekian lama. Ia adalah hari yang kita patut meraikan atas sumbangan yang telah dilakukan oleh setiap pekerja kepada ekonomi negara. Ia juga merupakan hari untuk menyokong Tuntutan Pekerja yang dikeluarkan baru-baru ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia.
Kehadiran setiap pekerja pada Perhimpunan yang akan diadakan di Wisma MTUC di USJ Subang dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari, akan memperlihatkan perpaduan yang akan membawa kita lebih dekat untuk merealisasikan tuntutan pekerja.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com