Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mencabar Menteri Sumber Manusia M KuLa Segaran supaya mendedahkan minit perbincangan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) berhubung reformasi undang-undang pekerjaan sewaktu debat berkait Akta Perhubungan Industri (IRA) terus berlaku.
Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata, ini akan membuktikan sama ada Kula benar-benar memberikan mandat kepada NLAC untuk mencapai konsensus berhubung cadangan pindaan.
“Saya cabar menteri mendedahkan minit mesyuarat NLAC sepanjang setahun lepas bagi menunjukkan perbincangan sebenar dengan NLAC mengenai cadangan pindaan terlibat, selain tahap penglibatan kementerian beliau dengan anggota (majlis) bagi memastikan wujudnyanya konsensus dalam pindaan yang dikemukakan kepada peguam negara,” katanya.
Semalam Kula berkata, kementerian beliau mengadakan sembilan mesyuarat NLAC tahun ini, selain pelbagai mesyuarat jawatankuasa teknikal sejak Januari.
Beliau memberi respons terhadap dakwaan MTUC bahawa tiada perundingan dibuat dengan badan itu sebelum cadangan pindaan IRA dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin.
Katanya, perundingan awam atas talian mengenai IRA dimulakan pada Dis 2018, selain menambah bahawa kementerian juga berunding dengan kerajaan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO), Majlis Peguam dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata, cadangan tersebut dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan kini tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Bagaimanapun Solomon berkata, Kula “mengetepikan” keperluan NLAC atau jawatankuasa teknikal meneliti dan mengesahkan cadangan pindaan tersebut seperti dicadangkan oleh MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia.
Dalam satu kenyataan, katanya, mesyuarat bulanan dengan NLAC tidak harus digunakan sebagai “kata-kata manis” untuk memajukan agenda politik mana-mana pihak.
“Mesyuarat itu tidak berguna sekiranya menteri tidak mengikuti semangat tripartimisme dan lebih penting mempertahankan Konvensyen 144 ILO mengenai perundingan 3 pihak yang diratifikasi oleh Malaysia,” katanya.
Source : https://www.freemalaysiatoday.com/…/mtuc-cabar-kula-dedah-…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com