Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SEREMBAN: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) yang menekankan pendekatan kemahiran perlu dijadikan pilihan utama pelajar yang ingin melanjutkan pengajian, dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir tempatan.
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, ketika ini, jumlah tenaga kerja mahir hanya sebanyak 28% berbanding sasaran ditetapkan 35% menjelang 2020.
“Program latihan kemahiran adalah mustahak, pembangunan sesebuah negara berpotensi tergugat kalau tiada tenaga kerja mencukupi dalam bidang kemahiran ini dan sekiranya ia mencukupi, kita tidak perlu terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing.
“Harap anak muda boleh jadikan bidang TVET sebagai pilihan utama, ibu bapa jangan hanya tertumpu untuk hantar anak ke universiti semata-mata, sedangkan bidang TVET tidak kurang pentingnya,” katanya selepas Program Bersiri Kementerian Sumber Manusia Bersama Rakyat di sini, hari ini.
Kula Segaran berkata, pembabitan kaum Cina dalam bidang TVET ketika ini hanya 1%, manakala kaum India 5%.
“Sebab itu kita mahu galakkan lebih ramai pelajar tidak kira kaum menceburi bidang TVET. Bahkan saya ada juga pergi Cameron Highlands sebelum ini untuk menarik Orang Asli menyertai bidang TVET, meskipun terdapat kekangan komunikasi, namun mereka diberi sedikit kelonggaran bagi membolehkan mereka sama-sama mengikut kursus-kursus berkaitan.”
Katanya, dalam usaha menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang TVET, kursus jangka pendek yang hanya mengambil masa 3 hingga 6 bulan turut ditawarkan di Institusi Latihan Perindustrian (ILP), antaranya kursus membaiki telefon bimbit.
“Setakat ini, permohonan kemasukan ke ILP agak menggalakkan, tetapi kita masih perlu galakkan pelajar masuk ke bidang ini, jadi kena jalankan kursus pendek yang hanya ambil masa 3 hingga 6 bulan berbanding dahulu yang melibatkan tempoh pengajian lebih lama, iaitu antara setahun ke 2 tahun.
“Mereka yang terlibat dalam bidang TVET, khususnya pelajar-pelajar ILP boleh dikatakan 94% mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, bahkan ketika mereka masih belajar lagi kerja sudah menanti mereka.”
Dalam perkembangan lain, Kula Segaran berkata, Kementerian Sumber Manusia yang beribu pejabat di Putrajaya mengadakan Hari Bertemu Pelanggan setiap Selasa mulai 8 pagi hingga 10 pagi, yang bukan sahaja dihadiri ketua jabatan, tetapi beliau sendiri.
“Saya harap program ini dapat diperluaskan dan sekarang di Sabah pun diadakan program ini yang selain untuk mendekati masyarakat, ia juga bertujuan memberikan perkhidmatan lebih efisien kepada masyarakat.”
Source : https://www.freemalaysiatoday.com/…/menteri-gesa-pelajar-j…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com