Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC tertarik dengan cadangan-cadangan bajet yang cuba menyelesaikan beberapa kebimbangan penting B40 walaupun kenaikan upah minimum tidak sampai dengan jangkaannya sebanyak RM 1800. Memandangkan banyak langkah bantuan yang diberikan kepada B40 bersama-sama dengan upah minimum dinaikkan kepada RM1100, ia dapat mengurangi beberapa kebimbangan yang timbul didalam Gabungan Bantah 1050.
Oleh itu, dengan mengambil kira langkah-langkah bantuan menyeluruh yang diberikan kepada gulungan berpendapatan rendah khususnya B40, MTUC mengalu-alukan komitmen kerajaan dalam membantu sektor yang memerlukan walaupun beban hutang negara yang telah meningkat kepada RM1 trilion seperti yang diumumkan oleh kerajaan PH.
Adalah membanggakan bahawa kerajaan telah mencadangkan pemberian bantuan sebanyak RM1000, subsidi penjagaan kanak-kanak sebanyak RM120 bagi setiap kanak-kanak sehingga 4 kanak-kanak, tiket perjalanan bulanan tanpa had sebanyak RM100 dengan pengangkutan awam dan pemansuhan tol di Pulau Pinang dan Singapura bagi motosikal yang akan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.
MTUC gembira bahawa selepas bertahun-tahun belanjawan telah menyisihkan peruntukan yang berpatutan untuk melegakan keadaan B40.Tindakan ini adalah dianggap sebagai satu langkah maju ke hadapan dalam membantu gulungan berpendapatan rendah memandangkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar.
Adalah diperhatikan bahawa Kerajaan telah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada keperluan pekerja miskin dan mendengar suara mereka. Dalam hal ini, perlu dicatat bahawa Gabungan Bantah 1050 sebenarnya memainkan peranan penting dalam menumpukan perhatian kerajaan berkenaan dengan kebimbangan B40. Kami juga berbangga bahawa gaji minimum kini dinaikkan kepada RM1100 dan bersama dengan bantuan-bantuan lain, upah sebenarnya melebehi RM1100
Oleh itu, MTUC berbangga dengan menyatakan rasa syukurnya kepada semua organisasi Gabungan Bantah 1050 dan kesatuan-kesatuan yang sebenarnya menjadikan masyarakat berpendapatan rendah mendapat kelegaan setelah selang waktu yang panjang. MTUC juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana mendengar kepada suara Gabungan Bantah 1050.
Kami berharap bahawa kerajaan akan mempertimbangkan dengan serius kenaikan upah minimum yang bermakna pada kajian seterusnya untuk memastikan kehidupan yang baik. Walaubagaimanapun, kami perhatikan bahawa kebimbangan M40 tidak dapat ditangani dengan secukupnya dalam bajet ini memandangkan Malaysia telah mencapai perangkap pendapatan menengah. Dalam konteks ini, kategori M40 juga perlu dijaga untuk memastikan taraf hidup yang berpatutan. Kami percaya bahawa kerajaan akan komited untuk menangani kebimbangan masyarakat dalam pengertian yang lebih luas dalam jangka masa panjang. Dalam konteks itu, jika ekonomi pulih, ia sentiasa mungkin untuk menawarkan keadaan hidup yang lebih baik untuk B40 dan M40 tanpa menunggu tinjauan seterusnya atau bajet.
Perlu ditekankan bahawa dalam pembangunan ekonomi, kebudayaan dan sosial sesebuah negara, semua pihak berkepentingan perlu memainkan peranan yang sama atau berpatutan tanpa semata-mata bergantung kepada kerajaan untuk memberi subsidi segala-galanya dan apa sahaja.
Oleh itu, sudah tiba masanya MEF memberi nasihat kepada ahli-ahlinya untuk mempertimbangkan dengan serius, perubahan minda dan bukan hanya mengancam kerajaan untuk membuat litigasi terhadap kenaikan upah minimum dalam usaha ikhlas kerajaan untuk perkongsian kekayaan yang saksama di kalangan rakyat Malaysia secara amnya. Apakah hak pihak majikan untuk mengambil tindakan undang –undang terhadap cadangan belanjawan? Sekiranya kerajaan akan didakwa, ia adalah kesatuan-kesatuan yang harus lakukannya kerana mereka kehilangan gaji minimum yang dipertingkatkan disebabkan oleh kelewatan 2 tahun dalam melaksanakan kajian semula. Walaubagaimanapun, MEF sedar bahawa kesatuan-kesatuan itu cukup bertanggungjawab untuk tidak bertindak sedemikian, memandangkan keadaan kerajaan baru menghadapi status kompleks yang timbul daripada kerajaan kleptokrasi terdahulu.
Pihak majikan telah dimanjakan selama tempoh 61 tahun yang membolehkan pengayaan tidak adil dan pengumpulan kekayaan besar di kalangan beberapa orang dan dengan itu mencipta jurang perbezaan yang besar dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan. Oleh itu, tuntutan MEF bahawa keputusan untuk meningkatkan lagi gaji minimum akan memberi kesan kepada kos menjalankan perniagaan dan tidak adil kepada pihak majikan tidak mempunyai alasan tetapi hanya bersifat lucu.
Oleh itu, sudah tiba masanya pihak majikan bertindak lebih bertanggungjawab dalam menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mengurus konsep pembangunan yang saksama.
Sehubungan itu, pihak majikan kini perlu mempertimbangkan dengan serius melaksanakan KEH (KOS ELAUN HIDUP) sebanyak RM300 untuk menampung kenaikan kos sara hidup, disebabkan oleh keadaan semasa sehingga keadaan ekonomi yang bertambah baik yang akhirnya akan meningkatkan perniagaan.
Gaji minimum yang diumumkan oleh kerajaan tidak semestinya bermakna gaji harus terhad kepada RM 1100. Ini adalah minimum dan sebarang peluasan yang melampaui adalah tanggungjawab majikan. Oleh itu, majikan juga perlu bertanggungjawab untuk memainkan peranan mereka untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan yang semakin meningkat di Malaysia.
Kami berasa ragu untuk memahami maksud MEF yang mengadu bahawa tidak ada rundingan dengan mereka ketika pengumuman upah minimum RM 1100 dibuat. Mereka juga tidak membuat sebarang komen ketika pengumuman RM1050 dibuat. Ketika itu MTUC bersama Gabungan Bantah 1050 yang membantah. Kenaikan gaji minimum RM1050 sebenarnya adalah cadangan MEF manakala MTUC mencadangkan RM1800. Ironisnya apabila cadangan MEF untuk peningkatan RM1050 pada mulanya diumumkan oleh kerajaan, ia diterima dengan baik oleh mereka dan mereka terus berdiam. Tindakan kerajaan membuat semakan semula dan mengumumkan kenaikan RM 50.00 lagi menjadi haram kepada mereka. Kita tidak dapat memahami sikap MEF. Sebenarnya, Jawatankuasa Teknikal NWCC mengesyorkan lebih daripada RM1050 sebagai upah minimum.
Kebimbangan MEF mengenai pengiriman Ringgit yang lebih banyak kepada negara sumber pekerja asing adalah tidak masuk akal. Jika pihak majikan serius mengambil berat tentang aliran keluar Ringgit, mereka harus dengan serta-merta mengurangkan pengambilan pekerja asing dan menampung pekerja tempatan ditempat mereka dengan struktur upah hidup. Jika ini dilakukan pihak majikan tidak akan dikenakan sebarang bayaran levi dan menghadapi masaalah lain.
Kami sangat gembira kerana kerajaan, dengan lebih pragmatik dan langkah progresif untuk mengurangkan perbezaan pendapatan dan pengagihan kekayaan memaksa syarikat tersenarai awam menerbitkan nisbah upah di syarikat mereka. Ini adalah langkah yang tepat pada masanya dalam konteks ketidakseimbangan pendapatan yang semakin meningkat, yang akhirnya akan mendedahkan beberapa orang di dalam pengurusan tinggi yang berkongsi harta yang dirampas dari pekerja di antara mereka sendiri tanpa pertimbangan kepada majority pekerja yang menyebabkan ketidaksamaan pendapatan yang besar.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
KONGRESS KESATUAN SEKERJA MALAYSIA
6HB NOVEMBER 2018
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com