Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR – Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan, pihak pengurusan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sepatutnya memberikan contoh yang baik dengan mengiktiraf Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Penerbangan Malaysia (NUFAM) sebagai kesatuan sekerja yang mewakili kakitangan mereka.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), J. Solomon berkata, tindakan MAB untuk tidak mengakui peranan NUFAM telah mengakibatkan kumpulan pekerja mereka tidak mendapat hak untuk mengundi bagi mengiktiraf NUFAM sebagai kesatuan.
Sejak MAS ditubuhkan pada tahun 2015 (yang telah ditutup), ia tidak mengiktiraf NUFAM sebagai kesatuan yang mewakili pekerjanya.
Ini menyebabkan kumpulan kakitangan itu dinafikan perlindungan sosial asas selama bertahun-tahun.
Namun, selepas dua tahun bergelut, akhirnya Mahkamah Persekutuan mengenepikan rayuan MAB dalam pertikaian dengan NUFAM berhubung kegagalan syarikat penerbangan itu untuk mengesahkan bahawa penyelia di dalam pesawat (IFS) adalah bukan kakitangan dalam mana-mana pengurusan, eksekutif dan dalam kapasiti kerahsiaan dan keselamatan syarikat itu.
Oleh itu, IFS dibenarkan untuk memilih kesatuan bagi mewakili mereka.
”Dengan keputusan itu, satu-satunya jalan keluar dalam menangani isu ialah MAB perlu segera memberikan pengiktirafan kepada NUFAM supaya rundingan perjanjian kolektif boleh dilaksanakan,” katanya yang mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan.
Source : https://malaysiagazette.com/…/malaysia-airlines-kena-horma…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com