Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyaran pihak majikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya memberi keutaamaan kepada rakyat tempatan dan tidak bergantung kepada lebih 5 juta pekerja asing di negara ini.
Ia berikutan lebih 1 juta pekerja dijangka hilang pekerjaan ekoran kelembapan pembangunan ekonomi jangka pendek walaupun pelbagai insentif diusahan kerajaan pasca COVID-19.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, berkata ia berikutan kerajaan digesa mengambil langkah lebih drastik dengan menghantar lebih 3 juta pekerja asing tanpa izin (PATI) ke negara asal mereka.
Selain itu, katanya, kerajaan perlu menghantar pulang 2.7 juta pekerja asing yang mempunyai permit sah tetapi tidak bekerja susulan pandemik COVID-19.
“Pelbagai industri kini dalam pemulihan dengan kapasiti operasi 50 peratus, manakala Pakej Rangsangan Ekonomi adalah di peringkat pemulihan.
“MTUC bimbang hampir 1 juta pekerja tempatan hilang pekerjaan, selain berdasarkan Akta Kerja 1955, pekerja asing perlu ditamatkan perkhidmatan terlebih dahulu sebelum rakyat tempatan.
“Pekerja tempatan mesti diberi peluang untuk bekerja dengan perlindungan hak mengikut Akta Kerja 1955; Akta Perkeso 1969; Akta KWSP 1991; Akta Gaji Minima 2013; Akta Umur Bersara 2013 dan Akta SIP 2018,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abdul Halim berkata, perlindungan sosial bagi pekerja tempatan perlu dipertanggungjawab kepada pihak majikan bagi mengelak berlaku diskriminasi apabila ruang kerja perlu mengutamakan warganegara.
“Kerajaan juga mesti melanjutkan monotarium untuk pekerja tempatan sehingga hujung tahun. Ini kerana, ramai pekerja dalam kalangan M40 dan B40 diberhentikan, bercuti tanpa gaji atau dibayar separuh gaji.
“Bantuan kerajaan melanjutkan monotarium akan memberi manfaat kepada golongan pekerja dan berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Source : https://www.bharian.com.my/…/majikan-pks-perlu-utamakan-pek…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com