Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
20hb Mac 2020,Kesatuan Pekerja Pekerja Kelab Semenanjung Malaysia telah membuat laporan polis terhadap satu Kelab Golf yang beropersi di Petaling Jaya yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan,Pihak Kelab telah menutup perniagaan kepada tetamu dan ahli kelab tetapi mengarahkan semua pekerja untuk hadir ditempat kerja seperti biasa.Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja berbahaya kepada pekerja tetapi kepada semua masyarakat setempat.Apa yang lebih malang pekerja pekerja diminta untuk melakukan tugasan bukan berdasarkan kontrak kerja mereka yang asal.
Setelah dimaklumkan perkara ini,pihak Kesatuan telah menghantar tiga (3) surat bantahan bertarikh 17hb Mac 2020,19hb Mac 2020 dan 20hb Mac 2020 kepada pihak majikan tetapi masih tidak dipedulikan.Setiausaha Agung Kesatuan,Saudara Rudy Bin Rusly telah membuat laporan polis pada 21hb Mac 2020.Pihak Polis telah mengambil tindakan pantas dengan membuka kertas siasatan dan merakam kenyataan lima (5) orang pekerja dan Pengurus Sumber Manusia Syarikat pada hari yang sama.Satu perbincangan telah diadakan selepas itu yang melibatkan pihak Kesatuan dan pihak mjikan,Yang mana akhirnya pihak majikan akur dengan perintah kawalan pergerakan.Pihak Majikan telah mengarah serta merta pekerja pekerja tidak perlu hadir sepanjang perintah kawalan pergerakan ini dikuatkuasa.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com