Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata buat masa ini jumlahnya belum diputuskan namun kadarnya akan diseragamkan antara pekerja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
IPOH: Kerajaan dijangka memuktamadkan kadar kenaikan gaji minimum untuk peringkat awal pada mesyuarat Kabinet Jumaat depan, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.
Beliau berkata buat masa ini jumlahnya belum diputuskan namun kadarnya akan diseragamkan antara pekerja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Moga ada berita baik nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kerusi roda kepada 20 penerima di Kampung Tawas dan Kampung Kepayang, di sini hari ini.
Katanya buat masa ini gaji minimum pekerja di Sabah dan Sarawak adalah sekitar RM800 dan RM920 manakala di Semenanjung pula RM1,000 sebulan. Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata kenaikan kadar gaji minumum kepada RM1,500 itu akan dilaksana secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun agar tidak membebankan majikan.
“Kita bukan naikkan RM1,500 sekali gus. Jika kita lakukan sedemikian akan menyusahkan syarikat swasta kerana pendapatan mereka akan berkurangan sehingga menyebabkan perniagaan tidak boleh beroperasi,” katanya.
Penyeragaman gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh 5 tahun terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com