Kesatuan: Pekerja MAS dipecat kerana berat badan
22 September 2017 Print page
Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mendakwa Malaysia Airlines Bhd (MAS) memecat pekerjanya atas alasan berat badan tidak ideal.
Presiden Nufam Ismail Nasaruddin hari ini menunjukkan surat pemecatan itu kepada pihak media dan menyifatkannya sebagai “diskriminasi”.
Surat bertarikh 14 September itu bertajuk: “Cabin Crew Weight Management Program – first wave (2016): Termination”.
Ia memberikan alasan pemecatan dibuat kerana “terus gagal mencapai berat badan ideal seperti dalam manual penampilan syarikat”, walaupun sudah menjalani program pengurusan berat badan selama 18 bulan.
Source : https://m.malaysiakini.com/news/395932#jOVE43iIyPRfx4EC.99