Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini memutuskan pindaan Akta Kerja 1955 membabitkan kontraktor buruh hanya diguna pakai untuk sektor perladangan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan itu membabitkan empat seksyen iaitu Seksyen 31, 33A, 669 dan 37.
Pengecualian ini dibuat berdasarkan kuasa Menteri mengikut Seksyen 2, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, di sini.
Dr Subramaniam berkata keputusan itu sebagai mengambil kira bantahan KongresKesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
“Keputusan itu akan memberikan situasi menang-menang kepada pihak-pihak yang membangkitkan isu berhubung pindaan akta tersebut,” katanya.
Pindaan akta itu diluluskan Parlimen pada 6 Oktober lepas yang antara lain memasukkan peruntukan yang mengkehendaki pendaftaran kontraktor buruh.
Bagaimanapun, sehingga kini akta itu tidak dapat dilaksanakan susulan bantahan MTUC yang tidak berpuas hati dengan beberapa pindaan terbabit termasuk kewujudan kontraktor tenaga kerja.
“Saya berharap kedua-dua pihak berpuas hati dengan keputusan itu dan perkara itu tidak akan dijadikan isu lagi selepas ini,” kata Dr Subramaniam. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com