Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menggariskan beberapa saranan yang boleh diamalkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bagi mengelak kes tertinggal anak di dalam kenderaan sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian, berulang.
Menterinya Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.
Katanya antara langkah pencegahan adalah menyarankan ibu bapa meletakkan kanak-kanak di kerusi khas dalam kenderaan khusus untuk bayi dan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, meletakkan bayi di tempat duduk depan dan pakaikan tali pinggang keledar dengan kemas, kanak-kanak tidak boleh diletakkan di tempat duduk belakang khususnya di belakang kerusi pemandu kerana ia merupakan titik buta.
“Selain itu, ibu bapa yang membawa bayi atau kanak-kanak dalam kenderaan disaran meletakkan barang penting seperti beg tangan di bahagian belakang mengikut kesesuaian sama ada di atas kerusi atau di ruang kaki penumpang, atau meletakkan beg keperluan anak di tempat duduk hadapan bagi mengingatkan anak ada di bahagian belakang,” katanya.
Selain itu, Rohani berkata penjaga disaran meletakkan label atau tag pada pemegang pintu kenderaan bagi mengingatkan mereka bahawa anak-anak ada bersama di tempat duduk penumpang dan mengamalkan memeriksa semua ruang tempat duduk sebelum mengunci dan meninggalkan kenderaan.
“Ibu bapa juga boleh menghantar pesanan kepada pasangan, pengasuh atau pihak sekolah memaklumkan kanak-kanak ada dengan mereka, jadi apabila pengasuh menghubungi ibu bapa dan memberitahu anak mereka tidak berada di tempat asuhan dan sekolah pada waktunya, secara tidak langsung mengingatkan ibu bapa ini di mana anak mereka berada,” katanya.
Rohani berkata meskipun langkah berkenaan dilihat sebagai ‘redundant step’ namun ia berupaya membantu ibu bapa mengelakkan berlakunya kes kecuaian sehingga mengakibatkan kanak-kanak lemas atau meninggal di dalam kenderaan.
Dalam masa sama, katanya mana-mana ibu bapa yang terlibat dalam kecuaian menjaga anak-anak mereka sehingga menyebabkan kemalangan atau kehilangan nyawa tetap tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.
“Kami faham apabila berlaku musibah seperti kehilangan anak yang disayangi tapi bukan disengajakan,” katanya dan menzahirkan takziah kepada ibu bapa mangsa seraya mengingatkan bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang cuai selain mahu berlaku adil kepada kanak-kanak dan bayi yang telah meninggal dunia. – Bernama, 26 Mac, 2018.
Sources :https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/45155/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com