Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Biasanya saya tidak akan membalas kepada kenyataan mana-mana pihak berkaitan dengan isu-isu buruh atau berkenan kenyataan yang menafikan pendirian saya dalam peranan yang dimainkan oleh kesatuan-kesatuan di Malaysia.
Tetapi pengarang Ronald Benjamin yang menulis ” Apa yang Ramasamy ingin lakukan berkenan isu buruh?” mungkin tidak boleh difikirkan sebagai orang biasa sahaja.
Walaupun dia sendiri yang mengeluarkan kenyataan ini tetapi saya fikir dia didorong oleh beberapa orang berkuasa dari Kementerian Sumber Manusia (KKM) terutamanya M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia.
Baru-baru ini sahaja, saya dapat tahu yang dia telah disenaraikan sebagai salah satu penasihat KKM dalam lawatan ke Geneva.
Saya fikir Benjamin bukan orang biasa yang hanya sekadar prihatin terhadap isu buruh tetapi dia telah diamanahkan untuk mengritik artikel saya tentang keperluan untuk meningkatkan kuasa pekerja dalam memastikan kesejahteraan pekerja-pekerja di Malaysia.
Secara am, hujah Benjamin berbunyi: Mengapakah Ramasamy masih mengadu walaupun Kementerian telah mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh ILO dalam pindaan yang dilaksanakannya baru-baru ini.
MTUC mungkin tidak berpuas hati tetapi Kementerian harus mengambil keputusan tanpa melengahkan masa dengan menunggu pendapat dari MTUC.
MTUC yang seakan-akan mewakili pekerja di negara ini harus faham bahawa Kementerian mematuhi undang-undang dalam mengikut rangka kerja ILO dalam rundingan tripartite.
Dan akhirnya, dia menyoal saya bahawa mengapakah saya tidak menggunakan saluran dalaman dari DAP untuk membincangkan perkara berkenan pindaan-pindaan pada Akta Buruh dan mengapakah parti tidak mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap saya kerana melanggar peraturan dan undang-undang parti.
Sudah pasti dia telah bersikap tidak bertanggungjawab sehingga melampaui batasnya dengan mengatakan saya adalah jurucakap pemimpin MTUC.
Sama ada Benjamin menyedarinya atau tidak, pendekatan saya dalam hal buruh adalah sesuatu yang berasaskan institusi dan bukannya tertumpu kepada pihak-pihak tertentu.
Selama 30 tahun yang lalu atau lebih daripada itu, perspektif metodologi saya adalah lebih kepada memerhatikan hubungan antara negeri, buruh dan majikan.
Hanya untuk pengetahuannya, saya tidak pernah menjadi penyokong kerajaan, majikan atau buruh.
Hal ini kerana peranan yang terpenting di negeri ini atas perintah modal, buruh selalu mendapat sambutan terkahir.
Melainkan hak buruh diberi kuasa melalui cara perundangan atau cara lain, pekerja atau wakilnya tidak dapat membuat kemajuan dari segi meningkatkan kualiti kehidupan jutaan pekerja.
Kedudukan buruh atau kesatuan telah menjadi semakin lemah dengan setiap tahun berlalu.
Rangka kerja tripartite tidak sepatutnya mematuhi peraturan lama, tetapi mesti mencari jalan untuk memperkuat kesatuan untuk memainkan peranan penting dalam menentukan kepentingan buruh.
Masa di mana kerajaan atau majikan mengetahui dan melaksanakan langkah yang terbaik sudah berlalu.
Sudah tiba masanya untuk kesatuan atau wakilnya mesti diberi peranan selaras dengan prinsip kebebasan dan voluntarisme.
Pendekatan statistik oleh Benjamin atau orang-orang di Kementerian tidak membincangkan masalah sebenar kelas pekerja.
Mengapakah saya analisis berkenan institutionalisme dengan penekanan khusus terhadap kepentingan buruh atau MTUC tidak dapat diterima atau dihargai di Kementerian?
Mekanisme tripartit sebenarnya ada di sana, tetapi ia tidak membawa apa-apa makna dalam menentukan kepentingan buruh.
Saya menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula rangka kerja tripartite terkini dan sama ada ia benar-benar konsisten dengan piawaian buruh antarabangsa.
Saya meraguinya.
Oleh itu, Benjamin atau sesiapa yang mendorongnya haruslah menyedari kebenaran bahawa slogan kerajaan kemakmuran bersama mungkin menjadi harapan yang luar biasa jika buruh tidak dipertimbangkan dalam perhitungan keseluruhan.
Dengan cara ini, Benjamin secara sewenang-wenangnya tidak sepatutnya menyeret DAP ke dalam perbahasan kerana ia tidak terlibat dalam perkara ini pada asalnya.
Ancaman tindakan tatatertib terhadap saya adalah sesuatu yang boleh difikirkan sebagai jenaka!
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com