Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
TAWAU, 18 Nov (Bernama) — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas 116,270 sektor pekerjaan di negara ini sejak Januari hingga Jun tahun ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata berdasarkan pemeriksaan dan audit JKKP, semua sektor pekerjaan berkenaan perlu meningkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat masing-masing.
“Oleh itu, saya menyeru semua majikan dan pekerja terutamanya di sektor pertanian supaya sentiasa berusaha dan memberi komitmen untuk terus meningkatkan budaya kerja selamat di tempat kerja masing-masing.
“Saya berharap semua pihak yang terlibat dalam sektor pekerjaan sentiasa memberi perhatian sewajarnya kepada keselamatan di tempat kerja masing-masing,” katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah JKKP Mohtar Musri semasa merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Pertanian 2014 di sini, hari ini.
Ismail berkata risiko, prosedur dan langkah kawalan perlu diuruskan dengan sebaik mungkin serta dipatuhi sepanjang masa oleh semua sektor pekerjaan di negara ini.
“Setiap majikan dan pekerja hendaklah berganding bahu membangunkan sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja masing-masing serta memastikan ia sentiasa dipatuhi.
“Setiap majikan juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pengawalan risiko kerana ia dapat membantu majikan mengenal pasti secara proktif punca kemalangan, sekali gus dapat mengambil tindakan susulan yang berkesan,” katanya.
Ismail berharap 250 peserta terdiri daripada pihak pengurusan dan pekerja ladang di sekitar daerah Tawau akan dapat memanfaatkan seminar itu
Sumber: BERNAMA
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com